ShareThis

Thursday, March 24, 2011

22-3-11

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

22 Mac 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - MAC 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Broga
 Garisan kuning diperlukan disepanjang jalan dari selekoh sebelum Tmn .Impian hingga sempadan Selangor dan Negeri.
 Memerlukan Bonggol di Jalan Orang Asli
 Papantanda kurangkan had laju diperlukan diselekoh tajam sebelum sampai ke Tmn.Sri Impian.

ii) Bandar Rinching


Bdr.Rinching Sek 3
• Keseluruhan jalan di Sek.3 perlu di resurface semula.
• Papantanda yang rosak masih belum diganti.
• Penutup sewerage dijalan 3/3D sudah hilang .
• Kontainer masih diletak di jalan 3/3D dan 3/4A.

Bdr.Rinching Sek.4

• Jalan Lorong di Jalan 4/8 Sek.4 perlu diturap.
• Main Junction Longkang Jalan 4/8 & 4/9 berlubang perlu disimen.
• Casing Lampu di jalan 4/9 rosak-tergantung sahaja.
• Tiang elektrik condong di jalan 4/8 & 4/9.

Bandar Rinching Sek.5

• Jalan 5/33-perlu dibina bonggol.

iii) Taman Tasik Semenyih
• Ada rumah kosong telah dijadikan Asrama perlu check ada CF atau kelulusan..

iv) Taman Pelangi Semenyih
• Memerlukan bonggol di jalan 4/11 dan 4/12.
• Memerlukan bonggol di jalan side line 4/11 & 4/12.
• Meminta lampu isyarat dari jam 6.30pagi sehingga 7.30 pagi dan juga 6.30 petang sehingga 7.30 petang dipanjangkan dan diselaraaskan di persimpangan Taman Pelangi Semenyih- Bandar Rinching. Baru-baru ini technician telah mempercepatkan pertukaran lampu isyarat dan ini menjadikan keadaan lebih teruk

v) Taman Manikavasagam
• Meminta papan Jalan utama Taman mainkavasaham dari main road
• Jalan 1 dan 4 diminta di resurface semula.
• Tempat lapang di jalan hadapan kedai diminta dipagar.
• Longkang di Jalan 1 & 4 (depan & belakang) rumah sumbat dan longkang pecah dan roboh.
• Padang dan alat permainan masih belum dibaiki dan diganti.
• Isu air perpanjangan di Taman Manikavasagam. Meminta pihak Syabas melihat isu ketiadaan tangki air dan juga cadangan untuk menukar paip yang menyambung kepada paip utama
• Lampu jalan diperlukan di jalan 3, 4 dan 5
• Perlu bonggol jalan dibina Jln 1,2,3,4 & 5

vi) Kawasan Luar Kuil Sri Subramaniam, Semenyih

• Memasang Lampu Di Tiang Lampu Ditepi Kawasan Kuil Sri Subramaniam Semenyih.No Tiang Lampu-Js 23,Js 25 & Js 26.

Sekian Terima Kasih

Yang benar



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: