ShareThis

Thursday, March 24, 2011

Soalan-soalan yang dikemukakan Arutchelvan semasa mesyuarat Khidmat Bandar Bulan Mac 2011

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


14 Mac 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI MAC 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih
• Kontraktor perlu mengikut jadual memunggut sampah pukal dan pembersihan longkang tidak mengikut jadual.
• Pokok2 yang mati perlu diganti dengan pokok baru
• Aduan Ancaman Ulat Bulu Di No.45 Jalan Tps 2/5,Taman Pelangi Semenyih.Ada Tanda Gatal-Gatal Pada Kulit Kanak-Kanak Di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Belakang Rumah Tersebut.(No.Tel-Hj.Abd.Razak Bin Shafei-013-351 3678)
.
2. Taman Tasik Semenyih
• Sumbangan Pokok dari MPKj belum diterima. Penduduk amat berminat menghijaukan taman mereka
• Persatuan Penduduk memohon hak penjagaan padang ditaman tersebut. Pilot projek

3. Bandar Rinching

Sek.4

• Pokok yang condong perlu dicantas di jalan 4/9.


Sek.3

• Rumput tidak dipotong mengikut jadual.
• Banyak pokok telah mati kerana tiada penjagaan dan dimakan anai2.Perlu
ditanam semula dgn pokok baru.

4. Broga

• Kutipan sampah tidak kerap dan kadang2 tidak dikutip habis.
• Pokok2 dan rumput perlu dipotong dan ditebang di selokoh tajam sebelum Tmn.Sri Impian.
• Tong sampah diperlukan di tapak permainan Tmn.Sri.Impian.

5. Taman Manikavasagam

• Sampah tertimbun diselekoh di jalan 3 & 4.
• Kawasan terbiar disisi Taman Manikavagam ada air tertakung dan ada ular
• Pokok di jalan 1 perlu dicantas.
• Banyak pokok telah mati kerana tiada penjagaan dan dimakan anai2.Perlu
ditanam semula dengan pokok baru. Menanam pokok bunga,memotong pokok yang mati dan membersihkan semak-samun
• Rumah kosong di jalan 1 & 4 corner lot ,banyak aktiviti dadah.

6. FLAT SERI PERMAI,KPG.BAHRU.

• tempat larangan letak barang” di bawah tangga dan dewan di flat seri Permai, Kpg. Bahru.Persatuan penduduk telah hantar surat aduan kepada MPKJ pada 16hb. Mac 2011.

Sekian didahului dengan ucapan Terima kasih

Yang benar,



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: