ShareThis

Thursday, January 6, 2011

5 Januari - Penghormatan buat Fan Yew Teng (1942-2010)








Hari ini, saya bersama ratusan rakyat pelbagai kaum, agama dan negara memberi penghormatan kepada Saudara Fan Yew Teng dalam majlis memperingati khas mendiang yang diadakan di YMCA, Brickfields anjuran Parti Bertindak Demokratik (DAP)

Turut bersama adalah keluarga mendiang -isterinya Noeleen, anak kembarnya Lilianne dan Pauline dan adiknya Farn.

Majlis yang penuh sesak ini memperlihatkan pujian dan penghormatan diberi kepada fan atas perjuangan beliau, prinsip hidupnya, kesederhanaanya, pengetahuanya dan falsafahnya.

Fan juga dikatakan berjaya merentasi kaum dan agama dan terlibat dengan pelbagai kumpulan NGO seperti SUARAM, ABIM, CENPEACE dan AI. Beliau juga terlibat dalam pelbagai parti politik tetapi paling lama bersama DAP. beliau juga pernah dipenjarakan dan pernah menjadi Ahli parlimen DAP.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada dunia ini. Saya adalah antara puluhan orang yang diberi peluang untuk berbicara tentang ketokohan beliau. Selain saya, yang turut berucap adalah Dr. Chen Man Hin, Anuar Tahir, Dr. Syed Husin, Muhuammad Nur Manuty, Subky Latif, Debbie Stothard, Teresa Kok, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.

Isteri dan anaknya masih aktif dalam perjuangan hak asasi. Beliau dikatakan sebagai satu role-modal kerana dapat mendampingi orang dari pelbagai kaum dan agama, rajin dan berani. Antara penulis paling disukainya adalah George Orwell, James Jopce dan Albeth Camus.

Selamat Tinggal Fan........perjuangan menegakkan hak asasi untuk semua akan diteruskan oleh generasi akan datang.

Arul

No comments: