ShareThis

Friday, January 7, 2011

7 Januari -MENTERI KERJA RAYA SABOTAJ PROJEK JEJANTAS SEMENYIH???










Menteri Kerja Raya sabotaj Projek Jejantas Semenyih – inilah kesimpulan yang boleh dibuat ekoran Menteri tersebut tidak mahu atau sengaja melengah-lengahkan memberi kelulusan kepada Jejantas di Pekan Semenyih.Yang pelik adalah semua proses untuk membina jejantas ini siap kecuali lampu hijau Menteri berkenaan.

Sejak kemenangan PR dalam Pilihanraya Parlimen Hulu Langat dan mengambilalih kuasa Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008, pihak kita telah mengusahakan pembinaan jejantas memandangan itu merupakan antara tuntutan utama penduduk di kawasan Semenyih. Malah pada bulan Mei 2008 lagi Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat telah memohon pembinaan jejantas berkenaan dari pihak JKR. Sejak bulan Jun pula, saya bersama Ahli Majlis Samsol membuat desakan dalam Mesyuarat Infra, MPKJ tetapi memandangkan ia adalah jalan JKR, maka JKR mempunyai bidangkuasa.

Pada 28 Mei 2008 lagi, JKR Hulu Langat menyatakan keperluan pembinaan jejantas berkenaan dan mengakui pihak JKR sedang dalam peringkat akhir penyedian rekabentuk dan sedang memohon untuk peruntukan kewangan. Kemudian kami diberitahu bahawa JKR tiada bajet untuk membina jejantas tersebut.

Pada 25 November 2008, atas usaha Dr. Che Rosli, beliau berjaya mendapat sumbangan kewangan untuk membina jejantas ini. Maka tidak ada lagi sebarang alasan mengapa jejantas ini tidak boleh dibina memandangkan kini sudah 2 tahun.

Justeru itu, untuk mennyatakan keluhan rakyat, satu bantahan telah diusahakan oleh MPP zon 18 yang dipengerusikan oleh Saudara S.Arutchelvan – juga Setiausaha Agung PSM. Hari ini jam 2.00 petang, selepas sembayang jumaat MPP zon 18 bersama dengan MPP zaaon 15 dan 17 , Parti Sosialis Malaysia dan MTD PAS DUN Semenyih telah membuat satu bantahan terhadap masalah ketiadaan jejantas di hadapan Masjid dan Sekolah di Semenyih.

Bantahan dibuat dengan memegang baner yang berjudul ”Jangan tunggu sehingga nyawa berlayang” Bina Jejantas sekarang. Bantahan dekat 50 orang ini turut mendapat sokongan orang ramai yang membunyikan hon.

Antara mereka yang hadir selain daripada Sdr. Arutchelvan , adalah Sdr. Shamsol Zon 15, Ong Seng Peng- Zon 17 dan Mohiddin dari Zon 19.

Dalam ucapan Sdr. Shamsol memberitahu bahawa pihak yang bertanggungjawab membina jambatan ini adalah JKR dan mungkin ada unsur sabotaj oleh kerajaan Pusat untuk melengah-lengahkan pembinaan ini memandangkan ia diusahakan oleh Pakatan Rakyat.
Semasa sidang akhbar Sdr. Arul menjelaskan bahawa nampaknya Kerajaan Pusat tiada kewibawaan politik untuk membina jejantas ini memandangkan ia diusahakan oleh pihak pembangkang. Nampaknya slogan rakyat didahulukan tidak dipratikkan memandangkan kepentingan rakayat tidak ditunai manakala pencapaian diutamakan tidak berlaku kerana jejantas masih belum naik.

Timbalan Pengerusi MPP zon 18, Saudara Kamal pula mengatakan bahawa Dato’ Hishamuddin, Menteri KDN sendiri telah melawat Sekolah Semenyih tahun 2008 sebelum pilihanraya dan berjanji untuk membina jejantas disitu. Janji beliau masih tinggal janji kosong sehingga kini tanpa sebarang tindakan susulan.

Jika jejantas ini dibina ia akan memberi manfaat kepada lebihkurang 5 ribu murid sekolah dari 5 sekolah di kawasan tersebut. Selain itu, ini merupakan jalan utama KL-Seremban dan keadaan jalan menjadi sangat sesak setiap kali pelajar dan orang ramai melintas jalan tersebut dan ia amat membahayakan. Keadaan menjadi lebih rumit ketika waktu kesibukan . Difahamkan juga pernah berlaku kemalangan setiap bulan di tempat itu sehingga meragut nyawa sekali.

Menurut JKR, Menteri tersebut sudah diberitahu pada bulan Ogos tetapi dalam setiap mesyuarat bulanan Infra, JKR hanya berkata tak ada maklumbalas dari Menteri. Jangan kerana kepentingan politik, nyawa rakyat tergadai.

Di bawah adalah Kronologi usaha dan cadangan pembinaan jejantas pejalan kaki
dihadapan Masjid /Sekolah Pekan semenyih.


7/5/2008 - Surat Yb Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat (YB) kepada pihak JKR Hulu Langat memohon pembinaan jejantas berkenaan.
28/5/2008 - Surat JKR Hulu Langat menyatakan keperluan pembinaan jejantas berkenaan dan mengakui pihak JKR sedang dalam peringkat akhir penyedian rekabentuk oleh JKR ibu Pejabat, KL dan memohon juga peruntukan kewangan.
7/8/2008 Mesyuarat Stanco Ahli Parlimen dan JKR Hulu Langat memaklumkan bahawa pembinaan jejantas terpaksa ditangguhkan ekoran ketiadaan peruntukan.
25/11/2008 Surat sumbangan penajaan pembinaan jejantas kepada Penaja berkenaan oleh Yb Dr. Che Rosli.
25/11/2008 Penerimaan surat persetujuan penajaan pembinaan oleh pihak penaja yang berkenaan kepada YB
16/2/2010 Surat YB kepada JKR Hulu Langat memohon lukisan (drawing) cadangan pembinaan jejantas.
8/4/2010 Forum lalulintas DUN Semenyih juga mendesak pembinaan jejantas
27/5/2010 Surat dari Penaja kepada JKR mengemukakan cadangan reka bentuk jejantas untuk pertimbangan dan kelulusan JKR.
3/8/2010 Mesyuarat cadangan pembinaan jejantas bersama JKR, MPKj, YB, Pejabat Tanah, dan Penaja diadakan di MPKj
10/8/2010 Surat Yb kepada Dato’ Shaziman b. Hj, Abu Manosor, Menteri Kerja Raya memohon cadangan pembinaan jejantas serta pelan reka bentuk yang dikemukakan oleh pihak Penaja di pertimbangkan dan diberi kelulusan
10/12/2010 MPP zon 18 putuskan buat bantahan jika tak siap sebelum 31-12-2010
7/1/2011 Bantahan Jejantas hadapan Masjid/sekolah Semenyih

No comments: