ShareThis
Wednesday, January 5, 2011
5 Januari Kes Dr. Jeyakumar cabar Najib isu peruntukan Ahli Parlimen. Keputusan pada 8 Februari 2011
Setelah 2 jam berhujah, iaitu sesuatu yang agak luarbiasa untuk satu applikasi leave, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akan memberi penghakiman kes pada 8hb. Februari 2011.
Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen Ulung PSM telah menyaman kerajaan Malaysia pada 29/10/2010 kerana gagal memberikan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen Sungai Siput sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.
Mahkamah hari ini mendengar hujah Peguam Dr. Jeyakumar- Ambiga Sreenevas dan memutuskan akan memberi stau penghakiman pada 8hb. Februari 2011.
Turut memfail notis untuk memantau kes ini adalah 8 orang Ahli parlimen yang lain iaitu Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu), Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Yusof (Balik Pulau) and Liew Chin Tong.
Saya dan Dr. Nasir hadir untuk memberi sokongan solidariti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment