ShareThis

Sunday, January 2, 2011

21-12 Jalan hadapan Sunway Semenyih siap 31 Disember

Mesyuarat Infra hari ini diberitahu bahawa jalan yang membawa banyak kesengsaraan kepada rakyat Semenyih akan siap pada 31hb. Disember 2010. Ini adalah jawapan dari wakil JKR. Beliau juga cukup tertekan dengan keadaan ini dan aduan yang begitu kuat diberikan mengenai isu ini.

Dibawah adalah soalan-soalan yang dibawa oleh saya ke mesyuarat ini-

21 Disember 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - DISEMBER 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Taman pelangi Semenyih.

 Jalan singkat Alternatif ke Sek.Men.Bdr.Rinching telah dibuat secara tidak sempurna dan masih belum siap.
 Bonggol haram di Jalan 4/12 perlu diganti mengikut spesifikasi yang betul.
 Jln 4/1 hingga 4/15(tanda jalan rosak dan poskod salah)

ii) Taman Sri Tanjung
 Lorong tengah antara Jln 14 dan 15 dimohon tambah satu lampu(laluan gelap) susah untuk kenderaan keluar & masuk.

iii) Kampung Sentosa

 Jalan Besar depan Petronas Pekan Semenyih mengadap Broga banjir bila hujan kerana keadan longkang yang kecil dan tidak dapat memuat kapasiti air
 Mohon dibuat bonggol atau traverse bar dihadapan Kpg.Sentosa kerana kereta yang terlalu laju dan merbahayakan mereka yang melintas jalan.

iv) Bandar Rinching

Bdr.Rinching Sek.1
 Persimpangan jalan Sek.1& Sek.4.Ada kedai kopi dibuat secara kekal,diminta rujuk samada ada kelulusan dari majlis.

Bdr.Rinching Sek.3.
 Jln berlubang(rujuk gambar no.1 yang dilampirkan).
 Papan-papan tanda sudah lama dan usang
 Lampu-lampu jalan tidak berfungsi di jalan 3/3 dan 3/4A dan diminta tambah lampu kerana disetengah kawasan terlalu gelap.
 Kelab house sek.3-tidak dibina seperti dijanjikan. Perlu penjelasan

Bdr.Rinching Sek.5
 Diminta bina bonggol dijalan 5/25 dekat simpang masuk ke jalan tersebut.
 Jalan persimpangan dekat lampu isyarat mendap dan banjir semasa hujan

v) Taman Tasik Semenyih


 Persimpangan dihadapan rumah kedai jln .2,perlu ada tanda STOP-LOOK-GO.Telah berlaku kemalangan akibat kenderaan tidak berhenti.
 Jln persiaran berhampiran Surau ,tiada tanda Had laju/yello strip.

vi) Pangsapuri Seri Mawar, Semenyih


• Keretakan pada dinding bangunan. Keretakan ini terdapat di dalam dan luar bangunan. Akibat keretakan, ketika hujan, air hujan meresap ke dalam dinding dan ini mengakibatkan masalah lumut dan kulat serta dinding menjadi hitam.

• Masalah air tandas. Apabila tandas digunakan (air tandas diflash) oleh penghuni di rumah di tingkat atas, air tandas menitik serta meresap ke rumah di bawah. Akibatnya, masalah lumut dan kulat di dinding rumah dan menyebabkan bau busuk dan menjijikkan. Masalah ini wujud akibat konkret dan mutu simen yang berkualiti rendah.

vii) Pangsapuri Taman Asa Jaya

• Masalah Meter Air –para penduduk mencadangkan agar meter air pukal dihentikan dan digantikan dengan meter air individu. Para penduduk telah membawa isu ini kepada pihak SYABAS dan masih belum selesai.

viii) Pangsapuri Sentosa, Sg. Jeluk

• Masalah banjir – Apabila hujan lebat, flat ini sering dinaiki air.

ix) Flat Sri Haneco

• Keselamatan flat – flat Sri Haneco mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kebakaran. Ini adalah kerana, tiada konduktor kilat atau kabel petir di flat. Setiap kali hujan dan kilat, para penduduk flat sentiasa dalam ketakutan. Malah, pendawaian diflat ini juga tidak sempurna ( wayar bumi). Barangan elektrik di rumah sering mengalami kerosakkan. Perkara ini pernah diadu kepada pihak terlibat namun tiada tindakan diambil.

• Keretakan pada dinding bangunan. Dinding di flat Sri Haneco retak dan ini amat berbahaya.

• Jalan lumpur – Jalan di luar flat berlumpur apabila hujan turun. Ini adalah disebabkan aktiviti berdekatan tasik rekreasi. Perkara ini pernah diadu kepada pihak MPKJ serta pihak pemaju tasik rekreasi namun masalah ini masih berterusan.

• Bumbung – terdapat dua blok A dan B tapi tiada bumbung. Air mengalir ketika hujan.

x) Flat Pangsapuri Mutiara, Taman Bukit Semenyih.

• Kebocoran bumbung - Bahagian bumbung di tingkat teratas telah bocor, apabila hujan menyebabkan air menitis dan masuk ke dalam rumah di paras 5. kepingan bumbung bahagian atas juga kerap jatuh, dan ini membahayakan nyawa penghuni rumah flat ini. Disebabkan kebocoran bumbung air hujan yang masuk menyebabkan lantai di bahagian koridor berair dan licin .

• Jalan lubang - Jalan besar di hadapan Pangsapuri Mutiara juga sering berlubang disebabkan lori-lori berat yang mengangkut bahan-bahan binaan ke tapak pembinaan yang berhampiran di kawsan tersebut. jalan yang berlubang tidak dibaiki dan menyebabkan kenderaan penduduk di sini rosak juga berbahaya kepada penunggang motorsikal.

• Gangguan Air Penduduk kerap mengalami gangguan bekalan air tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Penjelasan yang diberikan oleh pihak PUAS. Masalah air adalah disebabkan oleh rumah pam kawasan pangsapuri mutiara. Hal ini menyukarkan penduduk di kawsan tersebut.

xi) flat Kg. Baru Semenyih

• Tempat elektrik disimpan barang mengadu bahawa ada penghuni flat yang menyimpan barang-barang di tempat elektrik. Ini sangat merbahaya dan meminta pihak MPKJ mengambil tindakan.

• Keretakan pada dinding – Terdapat masalah keretakan di flat Kg. Baru Semenyih. Pada mulanya, pihak pemaju berjanji untuk membaikinya tetapi masih belum siap lagi.


Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: