ShareThis

Sunday, January 2, 2011

19-12-2010 - Setiap MB Perak janji kosong kepada bekas pekerja DBI











Cukup sedih, masyarakat pekerja Kerajaan Dewan Bandaraya Ipoh yang memastikan Ipoh menjadi antara bandaraya terbersih di negara hidup dalam keadaan daif dan rumah tetap yang dijanjikan tetap janji kosong. Inilah reaksi saya semasa menghadiri program ini. Dibawah adalah laporan sepenuhnya dari Komrad Rani -Penolong SU PSM dan aktivis di kampung ini.


Hari ini 19/12/10, penduduk Kg DBI mengadakan satu bantahan ‘sit-in’ di hadapan kampung mereka berdepan dengan Jalan Sg Pari, Buntong. Tujuan protest ini adalah untuk membantah taktik Menteri Besar Perak melambat-lambatkan penyelesaian masalah perumahan mereka sehingga mengakibatkan kematian se orang penduduk digigit ular sebulan lalu. Protes ‘sit-in’ itu yang berlangsung untuk empat jam berjalan dengan lancar dibawah pemantauan anggota polis Balai Polis Kg Baru Buntong yang kebetulan dihadapan khemah . Baner-baner merah dengan cogan kata Seruan Penduduk Kg DBI Kepada Menteri Besar Perak - Tunaikan Segera Janji Lot - Jangan Benarkan Satu Lagi Kematian Di Kg DBI digantung di hadapan khemah. Banner menarik lain mengandungi cogan kata: Sudah Merdeka 53 Tahun - Masih Tiada Rumah Tetap.

Program dimulakan oleh AJK Bertindak Sdr Nyanapragasam dengan memberi penghormatan untuk mendiang Sdr Arumugam diikuti dengan beberapa ucapan oleh penduduk Kg DBI dan ucapan solidariti oleh pejuang kawasan lain yang telah datang untuk memberi sokongan. Satu acara yang menceritakan segala janji-janji yang dibuat dan yang kemudiannya tidak ditunaikan oleh setiap Menteri Besar sejak 1999 juga disebutkan.
Highlight ‘sit-in’ adalah apabila semua orang yang hadir berarak dengan satu baner besar dengan slogan ‘Seruan kepada MB Perak: Selesaikan Masalah Perumahan Penduduk Kg DBI Dengan Segera’ . Semua yang hadir menurunkan tandatangan pada banner itu; orang awam yang lalu di situ juga turunkan tandatangan untuk menyatakan sokongan tuntutan penduduk Kg DBI.

Satu perwakilan dari Parti Sosialis Malaysia, termasuk Setiausaha Agung S. Arutchelvan, Timbalan Presiden M. Sarasvathy dan Wakil Rakyat Sg Siput Dr Jeyakumar Devaraj juga datang memberi sokongan.
Penduduk-penduduk yang mengucap meluahkan perasaan kecewa dengan kegagalan MB Dato Seri Zambri Abdul Kadir untuk melaksanakan apa yang diumumkannya. Di mana pada 5 Ogos 2009, MB telah mengumumkan bahawa kerajaan akan ‘memberi hak pemilikan automatik kepada rakyat negeri Perak yang menetap di sesebuah lot tanah untuk selama 10 tahun.’ Pada 3 Januari 2010 semasa melawat Kg Tai Lee, sebuah kampung di tanah swasta di Buntong, beliau kata sekiranya tanah tersebut milik kerajaan sudah lama masalah perumahan penduduk di situ sudah diselesaikan oleh kerajaan. Tetapi semua kata-kata ini kosong sahaja kerana jelas bahawa tidak ada mekanisme di pentadbiran negeri Perak untuk melaksanakan dasar/kenyataan MB.

Sebaliknya sebagai balasan kepada surat-surat penduduk kampung, pihak MB tendang masalah mereka kepada PTG pada 8/3/10, kepada Datuk Bandar pada 19/5/10, dan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pada 9/12/10, ‘pohon kerjasama’ mereka untuk menyelesaikan masalah lot penduduk Kg DBI!

Penduduk Kg DBI buat keputusan untuk teruskan perjuangan mereka sehingga mencapai satu penyelesaian yang saksama.

No comments: