ShareThis
Sunday, January 2, 2011
22-12-10 Penduduk Ladang Bukit Jalil selamat seketika apabila perobohan ditangguhkan
41 keluarga bekas pekerja Ladang Bukit Jalil yang menghadapi pengusiran paksa pada 27 Disember 2010 (Isnin), telah berjaya menangguhkan perobohan rumah sehingga 15 Januari 2011, setelah mereka berprotes di hadapan pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penduduk yang menerima notis pengusiran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 20 Disember yang lalu , hari ini telah menghantar Memorandum kepada Perdana Menteri untuk menangguhkan perobohan yang dijadualkan dilakukan oleh DBKL pada 27/12/2010, Isnin depan. Dalam memorandum tersebut, penduduk telah memohon kepada PM, supaya:
1. Hentikan Pengusiran Paksa.
2. Aturkan mesyuarat antara DBKL, Kementerian Sumber Manusia dan bekas pekerja ladang Bukit Jalil
3. Pastikan penduduk mendapat pampasan dan perumahan seperti bekas pekerja lain di ladang lain dan bukan seperti penempatan semula setinggan.
Lebih kurang 100 penduduk telah berkumpul sejak 11 pagi tadi di hadapan pejabat PM . Mereka tidak mahu berganjak dari situ sehingga satu kata putus diperolehi dari pejabat PM. Pada lebih kurang pukul 3 ptg, para penduduk telah menerima satu surat daripada pejabat Perdana Menteri yang meminta agar perobohan ditangguhkan sehingga 15 Januari 2011. Tindakan penduduk yang enggan meninggalkan Putrajaya sehingga mendapat satu kata putus daripada PM telah membuahkan hasil.
Satu pertemuan untuk menyelesaikan masalah perumahan Ladang Bukit Jalil dijangka akan diadakan bersama dengan Menteri Sumber Manusia dan penduduk Ladang sebelum 15 Januari tahun depan.
Tahniah kepada penduduk Ladang Bukit Jalil kerana berjaya pertahankan hak perumahan mereka. Semoga perjuangan mereka akan mendapat satu penyelesaian yang segera.
Latarbelakang
Kami adalah bekas pekerja Ladang/waris Ladang Bukit Jalil yang terletak di Batu 6 1/2 Jalan Puchong. Ada diantara kami telah menetap di ladang ini untuk lebih 40 tahun. Pada tahun 1980 ladang lami telah dijual kepada DBKL oleh pemilik ladang ketika itu iaitu Bukit Jalil Estate Agency. Sejak itu, ladang kami dimiliki oleh DBKL. Pada tahun 1995, kami semua pekerja ladang telah diberhentikan kerja. Semasa ladang kami dijual pada tahun 1980 kepada DBKL. Tuan ladang pada masa itu iaitu Bukit Jalil Estate Agency gagal memberikan kami pampasan dan perumahan alternative rumah teres seperti bekas pekerja ladang kinrara iaitu ladang bersebelahan yang dimiliki oleh Tuan ladang yang sama. Tuan ladang tersebut telah memberikan perumahan alternatif teres kepada pekerja Ladang Kinrara. Kami telah ditipu. Sepatutnya DBKL memastikan bekas majikan kami menunaikan janji tetapi DBKL menghukum kami sahaja.
Selepas itu, pihak DBKL beberapa kali telah memberikan kami notis pengusiran dibawah Ordinan Darurat yang tidak sah bertarikh 16 Julai 2007, 2 November 2007, 12 Mei 2008, 23 Disember 2008, 10 Disember 2009, 19 Mei 2010 dan 20 Julai 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment