ShareThis

Wednesday, January 19, 2011

18 Jan - Bagaimana atasi masalah trafik di Jalan Sg. Jelok Grand saga




Beberapa isu penting dibincang dalam mesyuarat Indra yang hanya tamat jam 2 petang. Antara isu adalah 1) kesesakan jalan di lebuhraya Grandsaga. Dicadangkan masa trafik light ditambah masa waktu peek sehingga menanti kajian lebih terperinci. 2) Jejantas Semenyih mengikut JKR kini ada urgency yang lebih untuk membina jejantas tersebut walaupun isu iklan masih menjadi penghalang 3) Jalan Palingjaya akan dibuat trafiklight semasa jalan tersebut dilebarkan

Ini adalah beberapa isu penting, dibawah adalah soalan-soalan saya yang bertulis

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


18 Januari 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - JANUARI 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Taman Paling Jaya

 Meminta Traverse bar atau bonggol di jalan utama Kajang-Seremban kerana susah untuk kenderaan dari Taman Paling Jaya melintas jalan

ii) Taman Sri Tanjung
• Jalan 1 & 14 banyak berlubang dan diminta diturapkan.

iii) Broga
 Banjir masih berlaku apabila hujan lebat. Tidak ada sistem perparitan dari jalan orang asli menuju ke Pekan Broga
 Hakisan telah menyebabkan longkang monsoon di Taman Impian di jalan Impian 4 runtuh.
 Kena memantau kawan tanah tinggi jalan menuju Taman Impian Broga kerana ada dua lokasi yang ada tanah runtuh dan hakisan tanah.
 Perlu membuat papan jalan untuk keseluruhan kawasan perumahan Broga. Pihak Perancang sudah meluluskan cadangan persatuan Penduduk dan penduduk juga sudah buat permohonan terus dengan MPKJ.

iv) Bandar Rinching

Bdr.Rinching Sek.1
• Jalan dihadapan kedai, Jalan 1/1 banyak berlubang & rosak dan bila hujan air bertakung.

Bdr.Rinching Sek.2

 Jalan banyak rosak di Jalan 2/8
 Jalan keluar ke simpang semenyih dari Bandar Rinching perlu dibaiki dan dilebarkan

Bdr.Rinching Sek.4


• Persimpangan Jalan 4/9 dengan jalan 4/8 didapati longkang besar bahagian bawah simen telah pecah menyebabkan air longkang masuk kedalam tanah.

Bdr Rinching Sek. 5


• Memohon membina bonggol di Jalan 5/25 sebab kenderaan dan motor pandu laju dijalan tersebut
• Jalan-jalan di seksyen 5 telah lama dan belum pernah dibaikpulih sejak pembinaan taman ini.

v) Taman Tasik Semenyih

• Trafik light dipersimpangan masuk Tmn.Tasik Semenyih tidak berfungsi sejak 2 bulan yang lalu-3 kemalangan telah berlaku.
• Bonggol haram di Jalan 3 perlu dibina semula
• Jalan 6 dan 10 perlu bina bonggol baru
• Lampu di jalan Persiaran TTS rosak dan tidak bernyala

vii) Taman Manikavasagam

• Jalan masuk ke Taman Manickavasagam digunakan oleh kenderaan lain untuk mengelakkan lampu trafik-by pass melalui taman. Perlu bina banyak bonggol atau cari jalan bagaimana mengatasi masalah ini
• Jalan dibaris kedai dan sepanjang Jalan 5 banyak berlubang
• Kawasan lapang dihadapan baris kedai perlu dipagar atau di halang-banyak kereta parking ditempat itu tak tentu hara.


viii) Isu trafik light persimpangan Jalan Pelangi Semenyih dan Bandar Rinching

• Ada permohonan dari semua pihak di kawasan tersebut untuk kita menambahkan masa lampu hijau trafik light semasa peek hours untuk keluar dari pelangi Semenyih ke jalan utama.

Sekian Terima Kasih


Yang benar


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: