ShareThis

Tuesday, January 18, 2011

17 Januari - Semua tahu sub sub kontrakter Lebih baik MPKJ ambilalih dari Alam Flora

Hari ini Mesyuarat Khidmat Masyarakat mengunakan sebahagian besar masa untuk berbincang mengenai kontrakter Alam Flora. Semua yang hadir termasuk pihak Alam Flora memang tahu bahawa sebahagian kontrakter yang dilantik sebenarnya sudah sub-kontrak dan ada yang sub sub sub kepada pihak lain. Ini adalah antara sebab mengapa khidmat kutip sampah menerima banyak aduan dari orang awam. Ini sebenarnya adalah rasuah dan salahguna kuasa. Ahli Majlis dan MPKJ sedang berusaha untuk mengambilalih dari Alam Flora perkhidmatan kutipan sampah. Jika ini berjaya dilakukan, maka ini akan merupakan PBT pertama di Selangor yang dapat membebaskan rakyat dari belengu pengswastaan kutipan sampah ini.

PSM berpendirian pengswastaan sudah gagal kerana ia hanya bermotif keuntungan dan ia biasanya memerlukan dana kerajaan untuk bail-out kerana ketidakberkesanannya.

Dibawah adalah persoalan yang saya kemukakann dalam mesyuarat hari ini

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


17 Januari 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI JANUARI 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih
• Kawasan dekat logi majis IWK dan kawasan dekat tapak sekolah iaitu bersebelahan surau menjadi kawasan buang sampah haram walaupun seringkali diberitahu dan dibersihakan. Pihak Persatuan meminta papan tanda “DILARANG MEMBUANG SAMPAH DISINI” diletakkan di dua kawasan ini.

2. Taman Tasik Semenyih
• Rumput yang dipotong di jalan utama Jalan Persiaran TTS tidak di sapu dan
dibiarkan
• Di Jalan 5, pokok dipotong tapi belum dikutip.
• Anjing liar di Jalan 2,4 & kawasan semi-D. Penduduk meminta Bahagian tangkap Anjing menghubungi penduduk untuk membolehkan mereka membantu dan terlibat dalam operasi tangkap anjing liar. Ini adalah permohonan mereka kali kedua

3. Bandar Rinching

Seksyen 1
• Anjing liar masih berkeliaran dihadapan kedai di Seksyen 1

Seksyen 2
• Kutipan Longkang dikeseluruhan Sek.2 tidak dikorek
• Rumput bahagian belakang rumah tidak dipotong dan dibiarkan
• Taman permainan di rumah kos rendah Sek.2 tidak dibaikpulih walaupun sudah mengadu banyak kali dalam mesyauarat sebelum ini

Seksyen 4

• Pokok yang condong kearah jalan perlu dipotong atau dicantas diantara jalan 4/8 & 4/9.

4. Taman Sri Tanjung
• Di Jalan 1 dan jalan 10 ada pokok yang dah mati diminta ditebang kerana mungkin boleh membahayakan penghuni


5. Taman Manikavasagam


• Pemotongan rumput tidak mengikut jadual-banyak rumput panjang
• Aduan tentang Padang Bola perlu dibaiki dan ditambah rumput telah diberitahu hampir 2 tahun tetapi tiada tindakan.

6. Broga


• Pokok perlu dipotong dekat tiang lampu PKBG D 20 dan PKBG D 15-4 kerana bahawa dawai elektrik
• Semak jalan utama ke Broga dibawah kawalan JKR –perlu diambil tindakan


Sekian didahului dengan ucapan Terima kasih

Yang benar,


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: