ShareThis

Sunday, January 2, 2011

11-11-10 Cawangan Nusa Jaya, Johor anjur ceramah mengenai NEM - ancaman atau jaminan kepada rakyat ?








Cawangan PSM Nusa Jaya di Johor hari ini menganjurkan satu ceramah mengenai NEM - samada ia membawa manfaat atau tidak kepada rakyat. Turut hadir adalah pemimpin Pakatan Rakyat negeri Johor iaitu pemimpin dari parti PKR dan DAP. PSM diwakili oleh Pengerusi Nasional PSM Dr. Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar.

Ceramah “Model Ekonomi Baru: Ancaman atau Jaminan Terhadap Rakyat” diadakan di Pejabat SUARAM di Taman Skudai Jaya.

Ceramah ini menyentuh Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah dibentangkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara pada 3 Dis 2010. Selain itu isu kerajaan mengumumkan kenaikan harga 4 barangan runcit iaitu petrol Ron 95, Diesel, Gas Semulajadi dan gula akibat penarikan subsidi juga menjadi topik hangat. Tindakan ini pasti akan menekan ekonomi rakyat dan memburukkan lagi taraf hidup rakyat.

Adakah ekonomi negara akan terselamat daripada dibelenggu dengan sistem kapitalis dengan MEB? Apa yang MEB tawarkan untuk rakyat biasa? Apakah MEB bakal mendatangkan kesenangan atau kesusahan kepada rakyat biasa? Begitulah beberapa persoalan yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi majlis dan juga Setiausaha cawangan Nusa jaya, Sdr. Choo Shinn Chei.

Dr. Nasir membincangkan kesengaraan rakyat kesan sistem kapitalis manakala Dr. Kumar pula mengatakan bahawa minda pemikiran Kerajaan BN sendiri perlu berubah. Beliau juga menyeru supaya bekerja keras untuk kemenangan PR dalam pilihanraya akan datang.Satu sesi soal jawab juga diadakan.

No comments: