ShareThis
Sunday, January 2, 2011
10 Dis 2010 - Mesyuarat MPP bincang isu kesesakan dihadapan Sunway Semenyih dan isu jejantas depan Masjid
Mesyuarat MPP terakhir untuk tahun 2010 berlangsung di pejabat penghulu Semenyih. MPP zon 18 adalah antara MPp yang paling aktif dari segi menjalankan aktiviti dan mengadakan mesyuarat bulanan. Mesyauarat MPP kali ini membincangkan postmortem perayaan Deevapali dan juga membincangkan perancangan bagi tahun 2011.
Antara perancangan adalah untuk mengadakan lebih sesi berjumpa rakyat di kawasan Taman dan menyebarkan program kerajaan negeri dengan lebih agresif.
Selain itu, mesyuarat kali ini berbincang panjang lebar mengenai isu trafik di Jalan hadapan Sunway semenyih yang membawa kesengaraan setiap hari kepada pengguna jalan di kawasan Semenyih. Antara cadangan adalah penurapan jalan sementera mesti dibuat, menempatkan polis secara konsisten dan meminta pihak LEKAS membenarkan lebuhraya ke Semenyih diberikan secara percuma sehingga jalan Sunway ini siap.
Mesyauarat juga memutuskan untuk membuat bantahan rasa tidak puas hati mengenai isu jejantas di hadapan Masjid yang tidak siap-siap kerana pihak JKR Persekutuan belum bagi lampu hijau. Dalam kes ini, Ahli Parlimen Dr. Che Rosli sudahpun mendapat sponsor untuk membina jejantas. Mengapa jejantas ini masih tidak mahu dibina?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment