ShareThis

Sunday, January 2, 2011

12-12 Mesyuarat NC PSM bincang Pilihanraya Umum















MESYUARAT KE-9, JAWATANKUASA NASIONAL (NC), PARTI SOSIALIS MALAYSIA telah diadakan pada 12 Disember 2010 di Dewan Kesatuan Pekerja Kerajaan Negeri Johor.

Mesyauarat kali ini meletakkan isu Pilihanraya dan Kempen perancangan PSM sebagai satu tajuk utama. Antara persoalan pokok yang diutarakan adalah Adakah pada tahun 2011, PSM akan fokus kepada kempen Pilihanraya yang semakin hangat atau lebih baik memfokus kepada isu-isu semasa yang banyak memberi kesan kepada rakyat marhaen.

Selain itu untuk meningkatkan bantuan kebajikan kepada ahli, Mesyauarat NC juga berbincang mengenai PENGURUSAN KREDIT KOPERASI. Mesyaurat NC secara dasar setuju dan kepada cawangan ayng beminat, maka taklimat dan latihan lanjut akan diberikan.

No comments: