ShareThis

Sunday, January 2, 2011

10-12-10 - Dialog dengan pejabat tanah - Isu Kampung Pinang di Kuala Kubu Bharu




Hari ini, saya mengiringi Jawatankuasa bertindak Kampung Pinang dalam satu mesyuarat dengan Pejabat DO di KKB, Hulu Selangor. Pihak penduduk mengemukakan pelan untuk membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan geran. Kini terdapat 34 rumah yang telah dibina dalam 44 lot yang sedia ada. Namun mesyuarat hari ini membincangkan beberapa persoalan teknikal seperti syarat tukar status tanah, isu lot lama dan sebagainya. Pejabat DO berjanji akan memanggil satu lagi mesyuarat untuk membereskan masalah ini dalam amsa terdekat.

No comments: