ShareThis

Tuesday, November 23, 2010

Masalah Pencemaran di Sg Lalang oleh Kilang Glopadu

19/10/2010

En. Yahya bin Othman
Ketua Cawangan
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kajang
Tingkat 3, Kompleks Perhentian Kajang,
Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor.


Tuan,


Per: Masalah Pencemaran di Sungai Lalang, Semenyih Oleh Kilang Glopadu (M) Sdn. BHd.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan bertarikh 18/2/2010, No. Rujukan : Kj (B)35/130/102/016 ( ).

Di dalam surat tersebut, tuan telah memaklumkan bahawa pihak tuan telah membuat siasatan terhadap aduan yang saya kemukakan berhubung pencemaran Sungai Lalang oleh kilang Glopadu. Hasil siasatan mendapati bahawa kilang tersebut menjalankan proses kitar semula plastik yang melibatkan proses perincihan dan basuhan plastik terpakai. Air basuhan plastik dilepaskan ke alur air berdekatan tanpa ditapis terlebih dahulu mengakibatkan terdapat sisa-sisa plastik terlepas ke alur air.

Tambahan pula, pihak kilang telah diarah mengambil langkah-langkah seperti membina perangkap sisa plastik beserta perangkap minyak bagi mengelakkan sebarang sisa plastik terlepas dan pihak kilang diminta mengemukakan cadangan pemasangan alat-alat ini kepada pihak tuan dalam tempoh masa dua minggu.

Kini sudah hampir lapan bulan, namun, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas berhubung isu ini dari pihak tuan. Saya tidak pasti sama ada pihak kilang telah memasang alat-alat perangkap sisa plastik dan minyak seperti yang dicadang oleh pihak tuan.

Sementara itu, saya masih menerima aduan daripada En. Hamzah berhubung pembakaran terbuka serta aktiviti pencemaran sungai oleh Kilang Glopadu. Aduan-aduan ini dikemukan oleh beliau menerusi blogspot saya.

Oleh yang demikian, saya meminta kerjasama pihak tuan untuk terus menyiasat perkara ini serta mengawasi aktiviti-aktiviti kilang Glopadu. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 019-2537791.

Sekian.

Yang benar,


S. Arutchelvan
Penyelia DUN Semenyih &
Ahli Majlis Kajang

No comments: