ShareThis
Saturday, August 7, 2010
1 Ogos 2010 - Ulangtahun ke 50 Akta zalim ISA . Pemerintah buat tangkapan dan halang rakyat berhimpun secara aman
Maka, untuk terus BANTAH kewujudan ISA, Pada tahun ini satu vigil yang serentak telah diadakan di beberapa tempat yang penting di Malaysia walaupun Pihak Polis mengganas di kebanyakan tempat dan melakukan penahanan atas nama perhimpunan haram dan sekaligus menafikan Hak Perlembagaan rakyat untuk berkumpul!
Di Petaling Jaya, ramai ahli PSM , JERIT dan kawan aktivis lain seramai 30 ditahan polis. Di Pulau Pinang dan Kelantan, ahli PSM lain turut ditahan kerna mahu berhimpun secara aman membantah ISA.
Dibawah adalah kenyataan dari beberapa kumpulan hak asasi:
Tangkapan Malam Mansuhkan ISA:
Menteri KDN perlu letak jawatan
| Aug 03, 2010 11:19:37 am
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis ketika menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin untuk menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seramai 36 orang telah ditangkap pada malam tersebut.
Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung bulan Jun tahun ini bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Beliau berkata, "Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman."
Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, mendedahkan betapa munafiknya kerajaan dalam isu hak-hak sivil rakyat.
Penangkapan yang berlaku pada malam kelmarin, ditambah pula dengan penahanan 589 orang dalam perhimpunan Anti-ISA pada tahun 2009, melonjakkan angka penahanan disebabkan bantahan terhadap ISA mencecah 625 orang. Bilangan yang mengejutkan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh sejagat dunia, seolah-olahnya Malaysia telah memasuki zaman negara polis. Slogan "Rakyat didahulukan" telah menjadi janji kosong.
Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman.
Setelah Parlimen meluluskan rang undang-undang ISA pada 1960, ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang dan orang yang berbeza pendapat untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan pakatan pemerintah. Sehubungan dengan ini, kami mendeksa kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah terpesong dari objektif asalnya.
*Kenyataan media bersama oleh Toh Kin Woon (Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG), Wong Chin Huat (Pengerusi Writers Alliance for Media Independence) dan Liau Kok Fah (Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor).
Kenyataan PSM sempena 50 tahun ISA
1 AUGUST 2010
ABOLISH THE ISA -
THE UNDECLARED EMERGENCY !
The Internal Security Act (ISA) has been the most draconian law in this country. Thousands of people have been arrested without trial, tortured, humiliated and denied their rights to defend themselves. It has been used against leftist, politicians, trade unions, academicians, students, NGO leaders, environmental activist, mother tongue activist, religious organizations, bloggers and many others. It cuts across race, religion and nationality.
It has been used by all the previous Prime Ministers to remain in power. ISA is a threat to democracy and human rights. It is a weapon used to curb dissent and it is designed to be used on anybody at anytime.
As long as ISA is there, this country is deemed to be under “martial law”. The last emergency ended on 31 July 1960 and the following day 1 August 1960, ISA was enacted and since then it has become the de-facto emergency. This undeclared emergency for the last 50 years today has to end. It should not be continued in any other form. PSM calls for the abolishment of ISA and all other laws which allows detention without trial.
Released by
S.Arutchelvan
Secretary General
Tel : 019-2537791
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment