ShareThis
Saturday, August 7, 2010
1 Ogos 2010 Sidang akhbar tergempar di Ladang Bukit Jalil
Hari ini satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Ladang Bukit Jalil ekoran kenyataan akhbar dari DBKL bahawa semua rumah mereka akan dirobohkan pada 4hb. Ogos 2010. Satu surat juga telah dihantar pada 21 Julai 2010 yang mengatakan jalan untuk rundingan sudah tamat dan jika mereka enggan berpindah, rumah mereka akan dirobohkan. Dalam sidang akhbar tersebut, S.Arutchelvan, SUA PSM berkata bahawa ini adalah bekas pekerja ladang dan mereka tidak boleh dicop seperti setinggan dan akta pembersihan setinggan 1969 tidak boleh digunapakai untuk golongan ini. Namun PSM dan JERIT bersedia bersama penduduk mempertahankan rumah ini sekiranya perlu. Sidang akhbar ini menyeru kerajaan menyelesaikan masalah melalui rundingan.Buat masa ini ada 41 keluarga amsih menetap di ladang ini. Ini adalah perumahan ladang terakhir di Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment