ShareThis

Saturday, August 7, 2010

2-8-2010 Masalah pekerja ladang, Syarikat Ladang dan Kerajaan Negeri





Hari ini, beberapa mesyuarat telah diadakan di tingkat 5, Bangunan SUK Shah Alam yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri YB Xavier Jayakumar. Beberapa isu pekerja di Semenyih iaitu isu Ladang Semenyih dan Ladang Bangi juga turut dibincang. Pihak majikan seperti biasa tidak memberikan komitmen jelas untuk menyelesaikan masalah perumahan walaupun didesak. Majikan ladang Bangi diberikan masa 3 minggu untuk memberi kataputus samada mereka mahu membina rumah atau tidak. Mereka bercakap kemungkinan ada projek pada tahun 2013 dan akan siap pada 2016. Ini tidak cukup dan mereka diminta memberi komitmen segera. Untuk ladang Semenyih, Syarikat tersebut diminta memulakan rundingan pampasn kewangan dengan penduduk terbabit.

No comments: