ShareThis

Wednesday, June 9, 2010

10-13 Mei - MPKJ di Kuching, Sarawak
















Antara 10-13 Mei 2010, saya mengikuti rombongan Ahli Majlis dan pegawai atasan MPKJ ke Kuching, Sarawak. Lawatan ini adalah untuk mengunjung Majlis Bandaraya Kuching yang direputasi antara Majlis Bandaraya yang terbaik dan dikatakan hanya sedikit sahaja dibelakang Singapura. Dari pemantauan saya, memang benar dari segi landskap dan kebersihan, Bandaraya Kuching memang diurus dengan baik. Selain itu, kami juga mengadakan "retreat" dimana kami menilai kerja dan berbincang rancangan masa depan. Antara isu yang dibincang adalah bagaimana menjadikan kawasan bawah MPKJ lebih mesra kepada alam sekitar. Antara cadangan adalah mempromosi berbasikal dan memberikan faedah kepada mereka yang menggunakan tenaga solar daripada elektrik. Saya juga sempat melawat pelbagai tempat menarik di Kuching termasuk Kampung Budaya disana, Muzium Kucing dan kawasan pemeliharaan Orangutan.

No comments: