ShareThis

Wednesday, June 9, 2010

9-5-2010 Sejarah tercatat apabila PSM buka Pusata Kiri di Cheras













Syabas kepada PSM Kajang kerana atas usaha kuat mereka PSM berjaya membuka Pustaka Kiri pertama di Malaysia. Pustaka kiri ini menepatkan buku-buku berhaluan kiri dan progresif. Pustaka ini buat masa ini dibuka pada hari tertentu dan terbuka kepada orang awam. Upacara yang yang penuh simbolik ini dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh kiri dan aktivis kiri seperti Pak Ishak Surin, Hishamuddin Rais, Amer Muhammad, Chong dan lain-lain. Sebuah lukisan seni tokoh kiri dunia dan tempatan oleh Saudara Budin di dinding Pustaka ini turut menjadi buah mulut para hadirin. Turut menjadi tarikan adalah "lakun-balik" rundingan bersejarah di Baling pada tahun 2010. Pak Chong Ton Sim yang juga mempunyai buku kiri menabik program ini sebagai bersejarah dan berharap idelogi kiri turut berkembang dimerata negara. PSM mengucapkan terimakasih kepada semua yang menyumbang buku dan ide kepada pembentukan Pustaka ini. Untuk melawat Pustaka ini dan untuk mendapat sebarang pertanyaan, sila hubungi 0162960224 atau 0169708370.

No comments: