ShareThis

Friday, April 9, 2010

30 Mac 2010 Kewibawaan politik perlu untuk selesai masalah perumahan pekerja ladang








Hari ini satu forum yang cukup penting telah diadakan di SUK Selangor untuk membincangkan satu penyelesaikan kepada masalah pekerja ladang di Selangor. Forum ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan dipengerusikan oleh Dr. Nasir Hashim, yang juga Pengerusi PSM.

Beberapa kertas penting telah dibentang antaranya oleh pihak Sime Darby, Kesatuan Sekerja NUPW dan kumpulan rakyat seperti JSML dan PSM. Juga memberi input adalah jabatan Kebajikan dan Presiden Majlis Peguam Negara Ragu Kesavan.

Sdr. Sivarajan, sebagai penasihat JSML melontarkan bahawa segala kemenangan sekarang adalah disebabkan oleh perjuangan gigih pekerja ladang. Beliau berpendapat semua polisi sebelum ini gagal kerana ia tinggal polisi dan memerlukan pengubalan undang-undang baru. Dr. Jeyakumar iaitu Ahli parlimen Sungai Siput berkata seandainya Kerajaan negeri mengetatkan syarat semasa ladang pergi untuk pembangunan dan melaksanakan Akta Pengambilan Tanah jika majikan atau Tuan tanah tidak mahu melaksanakan skim perumahan, maka sebenarnya tidak perlu undang-undang baru.Bekas Exco kerajaan negeri iaitu kanthan dari MIC pula berkata kuasa ada pada exco dan Exco mesti bertegas.

Turut hadir adalah masyarakat pekerja ladang, NGO dan Pejabat-pejabat kerajaan.

Dr. Xavier Jeyakumar semasa ucapan penutup berjanji akan duduk dan bentuk satu Jawatankuasa untuk mengubal satu undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pekerja ladang.

No comments: