ShareThis

Friday, April 9, 2010

3-4 April 2010 - Sekolah Idelogi bincang isu Teori berperingkat dan Islam Politik










SEKOLAH IDELOGI PSM 2010 telah diadakan di Lutheran Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3-4 April, 2010. Pada tahun ini, dua topik pokok dibincangkan iaitu
TEORI BERPERINGKAT DALAM KONTEKS REALITI MALAYSIA dan Idelogi Islam dalam Pertempuran Kelas.

Antara ahli panel untuk membincang isu pertama adalah Alex Bainbridge dari Socialist Alliance, Australia dan juga komrad Ang Pei Shan dari PSM Johor dan Sdr. Jeyakumar. Isu kedua pula dihuraikan oleh Farish Noor dan ini diikuti oleh pembentangan dari Komrad Dr. Nasir Hashim dan Komrad Letchimi Devi.

Ahli-ahli PSM dari seluruh negara hadir untuk program dua hari ini yang meneliti isu-isu ini secara mendalam dan untuk membantu parti membentuk strategi masa depan. Turut hadir adalah Komrad Rohana Ariffin dari PRM. Debat dan bengkel juga diadakan dan pada umumnya tidak ada banyak perbezaan di kalangan ahli bagaimana untuk PSM maju ke depan. Semua setuju bahawa PSM dalam landasan yang betul tetapi kena memainkan peranan yang penting untuk terus mara di masa depan.

No comments: