ShareThis

Friday, April 9, 2010

28-3-2010 Merasmikan JMC Pangsapuri Kampung Baru Semenyih





Hari ini saya merasmikan JMC Pangsapuri Kampung Baru Semenyih. Selain itu satu sesi dialog juga diadakan dimana para penghuni blog mempertengahkan banyak isu. Antara isu yang diungkitkan adalah mengenai harga penyelengaran yang tinggi, isu tangki rosak, isu tempat letak kereta dan isu air kotor. Saya juga meminta penduduk untuk memainkan peranan penting dalam membantu Jawatankuasa ini bergerak dan JMC ini harus dilihat sebagai JMC mereka. Mereka juga harus membantu dan jika JMC ini tidak menjalankan kerja dengan baik, maka mereka boleh ditukar.

Selain itu, kita juga meminta JMC untuk mengadakan meeting dengan kerap dan sentiasa berdialog dengan penduduk. Dan jika JMC ini dapat bergerak dengan baik dan jika ada wang lebihan, mungkin pada masa depan wang penyelnggaran juga boleh dikurangkan. Saya juga mengunjung Pejabat Baru JK ini yang diketuai oleh Sdr. Suresh.

No comments: