ShareThis

Friday, April 9, 2010

28-3-10 Perayaan Tamil





Saya telah dijemput sebagai tetamu khas untuk perayaan Tamil yang dianjurkan oleh Persatuan Tamil di Semenyih. Program ini diadakan di Dewan Bandar Rinching. Antara menarik adalah pertandingan pidato dan pertunjukkan silat silambam. Saya menyertai program ini kerana menghormati Pengerusi program ini Saudara Kasim yang mempunyai pegangan hidup yang cukup kuat dan berprinsip. Turut menjadi tetamu khas adalah bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Subramnaiam. Sungguh anih bagi saya apabila beliau dijemput untuk memberikan cenderamata kepada saya. Namun saya telah menolak memberikan bunga malai yang dianggap oleh PSM sebagai satu pegangan fuedal dan digunakan untuk mengangkat ahli politik. PSM sentiasa dalam mana-mana program meminta penganjur untuk tidak membuang duit dalam memberikan cenderamata seumpama itu tetapi menggunkan wang untuk program-program yang lain.

No comments: