ShareThis

Friday, April 9, 2010

28 Mac 2010 Sukaneka meriah dan ceria


















Sukaneka zon 18 berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan bersemangatdi Padang Awam Semenyih. Penyertaan dari hampir semua taman dan beserta dengan kerjasama gitu dari ahli-ahli zon 18 menyebabkan sukaneka ini berjaya. Encik Karim selaku Pengerusi Program sukaneka ini telah membuat perancangan dan menunjukkan kepimpinan yang cukup baik dalam melaksanakan program ini dengan berjaya. Sukaneka dimulakan pada jam 9pagi dan berlangsung sehingga acara terakhir iaitu melambung kasih dengan menggunakan telur yang berakhir pada 1tengahari. Dr. Che Rosli selaku Ahli Parlimen Hulu Langat merasmikan acara dengan melepaskan pertandingan tali-tarik. Program ini disumbang oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dan MPKJ.

Semua acara mendapat sambutan yang cukup dan penuh. Taman Sri Tanjung merupakan taman yang paling banyak memenangi pingkat pada sukaneka ini.

Saya selaku Ahli Majlis zon ini mengucapkan syabas dan gembira kerana acara ini dapat berlangsung dalam suasana perpaduan rakyat pelbagai kaum dengan penuh jiwa dan gelak ketawa.

No comments: