Dibawah adalah isu yang diungkitkan semasa mesyuarat Infra. Saya sedih apabila beberapa kerja saya dikatakan sudah siap tetapi tinjauan sebenar mendapati tidak siap. Namun YDP sendiri membidas pegawai yang buat laporan hanya berdasarkan pandangan Kontrakter dan bukan setelah melihat samada kerja siap dengan mata sendiri
24 Mac 2010 DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI MAC 2010
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Taman Manikavasagam
• Lampu jalan ke Taman Manikavasagam dan Bandar Rinching masih belum
bernyala setelah kerja-kerja ubahsuai jalan dijalankan. Sudah hampir 3 bulan.
• Nama jalan sudah hampir tiada atau hilang di Taman ini
ii) Kawasan Perindustrian Mahkota Berananag
• Jalan yang amat teruk dan tidak pernah dibaiki atau diturap
• Selain itu pokok besar yang perlu dicantas dan semak samun
iii) Broga
• Lampu jalan yang dikatakan sudah dipasang di Taman Impian dan Jalan Orang Asli pada bulan Februari masih belum dipasang
iv) Taman Sri Tanjung
• Parit jalan Utama Jalan 17- Banjir berlaku kerana longkang tak muat kapasiti air
v) Bandar Rinching
• Fasa 1 – Jalan Masuk ke Bandar Rinching, sebaik sahaja selekoh ke kanan, ada lubang besar yang merbahaya kepada lalulintas
• Fasa 4 – Longkang Utama, Jalan 4/8, dasar simen telah pecah (bersebelahan surau Al-Makmur)
• Longkang runtuh Jalan 2/7g , Bandar Rinching Fasa 2
vi) Jalan Lama KL – Seremban (Semenyih)
• Kemalangan sering berlaku di hadapan Masjid Besar Semenyih dan Sekolah. Disebabkan pihak JKR masih belum serius untuk membina jejantas walaupun ada pengelola, saya menyarankan pembinaan bonggol jalan atau traverse bar sementera kita menunggu birokrasi jejantas jalan dibina
• Ketiadaan lampu dan jalan yang tidak diturap dengan baik dihadapan stesyen Shell yang baru hendak dibina sebaik simpang Broga dari Semenyih harus mendapat perhatian dan tindakan segera.
• Kawasan pembinaan di persimpang Sunway Semenyih memerlukan lampu spot light -kerana amat merbahaya pada waktu malam. Dan kon pecah di tengan jalan turut menjalankan tempat itu amat merbahaya.
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
1 comment:
Masalah Dihadapan Masjid Besar - Sekolah jalan Semenyih - KL lama. Kemalangan sering berlaku kerana pihak polis terlalu sibuk dengan urusan pejabat jadi tiada masa kawal lalu lintas. Dah berapa banyak nyawa dah melayang di simpang itu? Fikirkan lah.
Post a Comment