ShareThis

Sunday, March 28, 2010

22 Mac - Tengku Razaleigh dipelancaran buku James Putthucherry



Hari ini buku James Puthucherry telah dilancarkan sekali lagi. Program ini diadakan di Dewan Sivik, Pj. Yang menarik adalah tetamu khas iaitu Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh memberikan ucapan seolah-olah beliau adalah seorang pejuang dan membidas banyak tindakan kerajaan hari ini iaitu dari program Ekonomi baru Najib dan lain-lain. Nampak gaya seperti beliau mahu sertai PR. Beliau membidas rasuah dan sebagainya. Beginilah manusia. Tengku Razaleigh bercakap pasal rasuah ? saya hanya dapat ketawa dalam hati.Tetamu seorang lagi adalah Jomo.

James dan bukunya " No cowardly past". Mendiang James pernah ditahan dibawah ISA Lee Kuan Yew. Bagaimana pula dengan Tengku Razaleigh - Cowardly past.

No comments: