ShareThis

Sunday, March 28, 2010

25-3-2010 Dimana nak buang sampah kws MPKJ?








Hari ini dari 8.30 pagi sehingga 3 petang, kami beberapa orang Ahli Majlis dan Pegawai dari Jabatan Khidmat masyarakat MPKJ melawat tiga tempat

1. RDF iaitu tempat kitar semula dimana MPKJ buang sampah sebelum ini tetapi kini kilang itu hadapi masalah mesin rosak dan tergendala untuk 2 bulan

2. Sungai Kembong - Tempat alternatif untuk buang sampah yang paling dekat selain RDF tetapi ditegah okeh kerajaan Negeri kerana masalah persekitaran dan pencemaran Sungai kembong sebelum ini.

3. Tanjung Sepat - lokasi dekat KLIA. Jauh dan akan menlan kos yang tinggi.Ini mungkin menyebabkan MPKJ menaikan cukai pintu

Krisis sampah adalah satu krisis penting dan ia mesti ditangani. Bagi saya RDF adalah tempat terbaik dan sekarang RDF mengatakan tiga baris mesin mereka boleh berfungsi. Namun ini hanya penyelesaian jangka masa pendek. Pada masa depan, kita kena pastikan setiap rakyat akan lebih tanggungjawab dan mengamalkan tabiat kitar semula. Jika ini tidak berlaku, maka kita akan menghadapi satu masalah yang amat serius di masa depan.

Setelah melawat tiga kawasan ini, saya semakin risau akan cabaran yang dihadapi oleh kita. Kita memerlukan satu penyelesaian yang jauh lebih baik. Kita kena sama sama fikirkan bagaimana setiap orang dapat jalankan lebih kitar semula dan kurangkan penggunaaan bahan-bahan seperti plastik dan lain-lain bahan yang susah untuk dikitarsemula.

No comments: