ShareThis

Monday, January 25, 2010

18-1-2010 - Mesyuarat Khidmat bandar MPKJ

Saya tidak menghadiri mesyuarat ini kerana ada perbicaraan Kes protes kenaikan harga minyak dimana saya turut didakwa bersama dengan beberpaa pemimpin lain seperti Dr. Nasir, Dr. Hatta, Tian Chua, Muhammad Sabu , Badrul Amin dan lain-lain. Namun ini adalah soalan yang dikemukan pada bulan Disember 2009.

S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791

29 Disember 2009

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG JANUARI 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Bandar Rinching

• Sampah terlalu bersepak di celah kedai Bandar Bdr rinching fasa 1
• Longkang tersumbat di jalan potong ke fasa 1bdr rinching disebabkan jalan yang dibuat tanpa spesifikasi yang dibenarkan, mohon jalan ditutup

ii. Sri Tanjung


Mesyuarat sebelum mengatakan MPKJ akan mengadakan satu Kempen dikalangan pekedai untuk memastikan mereka menggunakan tong sampah dan memastikan urusan kebersihan dijalankan dengan baik. Sila berikan perkembangan perkara ini.

iii. Taman Indah, Sg. Jelok

Ada aduan bahawa sampah hanya dikutip sekali dalam seminggu (Pengadu -016-3215773)

iv. Taman Manikavasagam

• Longkang di jalan 2 sering tersumbat mengakibatkan banjir kilat setiap kali hujan lebat. Pernah dibersihkan sebelum ini tetapi masalah berulang. Perlu penyelesaian jangkamasa panjang dan penduduk setuju beri kerjasama sekiranya ada renovation depan yang perlu dibuka
• Tidak ada sistem kutipan sampah untuk kawasan kedia dan sampah dibuang dihadapan kedia welding (016-6853037)


v. Pelangi Semenyih

15 ekor anjing liar sering berlepak dekat dengan surau.(Pengadu -0123001962)

vi. Taman Tasek Kesuma

Lebih 1 minggu. Sampah tidak dikutip di pangsapuri Baiduri, Taman Tasek Kesuma. (pengadu 0123960033)

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,


S. Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: