ShareThis

Monday, January 25, 2010

19 Januari - 6 soalan dikemuka dalam Mesyauarat Infra

Saya telah mengemukakan 6 soalan dalam mesyuarat Infrastruktur dan Lalulintas MPKJ.

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

23 Disember 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI JANUARI 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

 Seksyen 2, Bandar Rinching. Jalan 2/7 longkang runtuh. Kemungkinan besar longkang runtuh adalah disebabkan oleh (lori parking)-(019-3915634)
 Longkang 2/1A, Bandar Rinching hadapan rumah Kapten Mohd 0193375993
 Aduan saya dan cadangan saya menukar semua nama papan jalan di Seksyen 4, Bandar Rinching dari wang peruntukan infra Ahli Majlis,
 Jalan rosak sekitar laluan jalan Utama masuk ke Seksyen 2,3 dan 4 Bandar Rinching berlubang-lubang.
 Mohon lampu jalan utama menuju ke Sekolah Menengah melalui Bandar Rinching fasa 5 dan 6.
 Jalan masuk alternative/jalan pintas daripada Pelangi Semenyih ke sekolah Menengah Bandar Rinching- jawapan bercanggah dari jabatan kejuruteraan.

ii) Taman Tasek Semenyih

 Lampu jalan tidak fungsi & pondok wakaf rosak (0136790496)
 Taman Tasik Semenyih- 8 bonggol sudah bina tetapi tidak dicat dan tiada amaran
 Isu paip di road kerb yang tak sampai longkang mengakibatkan susur jaan air bertakung. (dalam proposal peruntukan saya)


iii) Taman Sri Tanjung


 Longkang Pejabat Rukun Tetangga kena tutup Taman Sri Tanjung. Merbahaya. Ada dalam proposal saya dalam peruntukan Ahli Majlis.(016-2432710)
 Perlu cermin sisi di Jalan 36 kerana ia merbahaya kepaa kenderaan lain (blind spot). Dulu jalan yang disemak iaitu jalan 11 adalah tidak tepaat kerana ia adalah simpang antara jalan 11 dan jalan 34. (016-2432710)

iv) Broga

 Jalan ke kampong Orang Asli hanya disiapkan separuh jalan. Diharap dapat duturap dan dilebarkan sehingga hujung jalan. Jalan ini juga memerlukan tambahan dua tiang lampu.
 Taman Impian Broga perlu tambah 2 tiang lampu di kawasan susur masuk ke taman Ini

iv) Semenyih Umum

 Meminta Garis kuning tebal hadapan Petronas Semenyih simpang Broga –Semenyih

Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: