ShareThis
Sunday, September 13, 2009
8 September 209- Kisah 2 zon - Hari kedua bicara PROTES
Hari kedua kes Bicara PROTES berlangsung sepanjang hari. Ia bermula jam 10.30 pagi sehingga 5 petang. Isu yang paling hangat dibicarakan hari ini adalah mengenai perintah mahkamah kawasan larangan berhimpun dan tindakan polis membuat tangkapan. ASP Shahril dari IPD Dang Wangi disoalsiasat bertubi-tubi oleh peguam pembelaan. ASP pada awalnya mengakui bahawa dari segi definasi -suatu perhimpunan adalah haram apabila ada lebih lima orang berkumpul tanpa permit, berteriak slogan dan membawa spanduk. Selain itu, beliau juga mengakui ada kawasan larangan dan perintah mahkamah melarang orang ramai berhimpin 1 kilometer dari KLCC. Yang anihnya, setiap gambar photo polis tidak pernah menunjukkan ada perhimpunan, ada lebih lima orang berteriak dan membawa sepanduk. Malah ramai diantara mereka yang ditahan juga diluar kawasan larangan perintah mahkamah. Kesian ASP kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan dan sering mengakui bahawa tangkapan diluar kawasan adalah tidak sah dan sebagainya. Beliau turut dikutuk kerana telah mengatur empat zon untuk buat tangkapan padahal dua lagi zon tambahan adalah diluar kawasan larangan mahkamah. Kes ini kini akan disambung pada 7 hingga 10 Disember tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment