ShareThis
Monday, September 7, 2009
7 Sept 09 - Perbicaraan kes Protes akhirnya bermula
Perbicaraan kes PROTES, bantahan kenaikan harga minyak telah akhirnya bermula di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Saya adalah salah seorang dari 44 orang aktivis yang didakwa kerana terlibat dalam protes menentang kenaikan harga minyak. Antara mereka yang turut ditahan adalah Dr. Nasir, Muhamad Sabu, Dr. Hatta, Saraswathy, Badrul Amin, Tian Chua, Dr. Zul, V.Selvam dan ramai lagi.
Pada 26hb. Januari 2008, satu bantahan dianjurkan Protes membantah kenaikan harga minyak. Harga minyak akhirnya turun tetapi para mereka yang berjuang terus didakwa.
Hari ini polis mengatakan ada 48 orang saksi untuk kes ini. Dua orang saksi telah dibicarakan hari ini iaitu keduanya jurugambar polis. Perbicaraan hari ini telah mengambil masa yang sangat lama dan kedua-dua saksi memberi jawapan yang sangat pelik sehingga ada yang tidak masuk akal. Kes ditamatkan pada jam 4 petang dan Hakim Tuan Haji Mohamad Sekeri bin Mamat telah memutuskan kes akan bersambung pada esok jam 10.00 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment