ShareThis

Sunday, September 13, 2009

11 Sept - MPP zon 18 dimantapkan





Hari ini, mesyuarat MPP zon 18 berlangsung buat kali kedua di Pejabat Penghulu Semenyih. Mesyuarat berlangsung sebaik sahaja jamuan membuka puasa dan solat. Mesyuarat kali ini membuat perlantikan Ahli MPP zon, membincangkan aduan asas dan menetapkan beberapa aktiviti penting. Kesemua wakil MPP zon dari Taman Tasek Semenyih, Bandar Rinching, Taman Manikavasagam, Sri Tanjung dan Broga hadir. Hanya wakil dari Semenyih Pelangi tidak hadir. Mesyuarat juga membuat keputusan untuk melantik dua orang Ketua Kampung di zon ini iaitu Kampung Tanjung dan Kampung Sentosa hadir dalam mesyuarat MPP.

Selain itu, mesyuarat juga menetapkan mesyuarat MPP setiap jumaat minggu kedua setiap bulan. Antara aktiviti yang dibincang adalah isu tiadanya lampu dijalan besar Bandar Semenyih ke Bandar Rinching, isu trafik Semenyih, Mengenai tugasan COB dan JMC dan program mesra rakyat Hari raya dan Deepavali. Program Mesra rakyat dan Deepavali dijadualkan diadakan pada 10 Oktober 2009.

No comments: