ShareThis

Wednesday, March 25, 2009

18 Mac 2009 - Mesyuarat Infrastuktur MPKJ

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Lalulintas telah diadakan hari ini. Saya menimbulkan isu bahawa perkara yang diungkitkan oleh kita mengambil masa dua bulan untuk dimaklumbalas dan saya berpendapat amalan ini akan menyebabkan kita terlalu perlahan mengambil tindakan. Datuk YDP yang mempengerusikan mesyuarat meminta ia dimasukkan dalam perkembangan masakini pada masa hadapan.

Saya juga menimbulkan isu mengenai jalan teruk di Bandar teknologi dan tiadanya perkhidmatan bas disana walaupun sebelum ini ada. Mesyauarat diberitahu bahawa ini adalah disebabkan terdapat aliran air bawah tanah dan sehingga punca ini dapat dikesan, jalan utama Bandar Teknologi tidak boleh diperbaiki. Saya juga menimbulkan isu mengenai Kampung Sireh dimana Kampung tersebut seperti sesat sehingga tidak ada orang yang pasti Kampung tersebut berada dibawah bidang kuasa siapa. Selain itu, saya juga meminta kawasan belakang EconSave ditar dan satu mesyuarat lalulintas diadakan di Taman Manikavasagam untuk mencari jalan sesuai untuk kenderaan masuk dan keluar ke taman ini.

Selain itu, mesyuarat juga berpendapat jalan dihadapan TNB Kajang amat berbahaya dan meminta pihak JKR membuat perangkap kelajuan untuk memeperlahankan kenderaan.

No comments: