ShareThis

Saturday, March 14, 2009

Mac 3 , 2009 Buat Referundum mengenai AIR!

Hari ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu taklimat kepada Ahli Majlis di SUK, Shah Alam. Isu yang diungkitkan adalah mengenai krisis air dimana Kerajaan Negeri Selangor ingin menguruskan air secara sendiri manakala Kerajaan Persekutuan mahu meneruskan dengan Syabas. Kerajaan Negeri menjanjikan harga air akan turun manakala Syabas pula akan meninggikan kadar air jika dibenarkan terus berniaga dengan air di Negeri Selangor. YAB Menteri Besar Selangor juga turut hadir memberi pandangannya. Antara perkara yang menarik dalam ucapan MB adalah kenyataan beliau bahawa jika Persekutuan nak main dengan air, kita juga boleh beri masalah dengan tol.

Dalam sesi soaljawab, saya telah meminta MB dan Kerajaan Negeri supaya tidak membuat dua tindakan iaitu i) mengambil kes di Mahkamah dan kedua ii) Meminta nasihat dari Sultan kerana mereka berdua tidak ada dalam kawalan kita. Saya menyarankan satu referundum diadakan di Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor memilih samaada hendak air diuruskan oleh Syabas atau oleh Kerajaan Negeri. Biar rakyat Selangor menentukan masa depan air negeri. Sesuatu referundum memang boleh dijalankan dan MajlisDdaerah, Pejabat JKK , Pejabat Ahli majlis dan lain-lain Dewan boleh digunakan sebagai tempat mengundi.

Dibawah adalah kenyataan dari Pejabat Menteri Besar

3 MAC 2009 TAKLIMAT PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

Tuesday, 03 March 2009 | Ruangan: Kenyataan Media

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini telah mengadakan sesi Taklimat Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada semua Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis Tempatan serta semua pegawai perhubungan awam di peringkat PBT.

Taklimat diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air Selangor dan pembentangan telah dibuat oleh YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Taklimat ini telah berjaya menjelaskan isu sebenar berkaitan penstrukturan air ini bermula dari latarbelakang, kedudukan semasa serta isu-isu utama termasuk matlamat Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu ini. Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk selalunya memberi maklumat dan informasi penuh kepada rakyat di bawah prinsip urus tadbir yang baik.

Peserta taklimat juga telah dimaklumkan tentang kebenaran yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memimpin skim penstrukturan semula industri air pada tahun 2008. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melantik ahli-ahli Panel Penilai Air bagi membuat kajian teliti serta menerajui pimpinan penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor.

Keputusan memberi tawaran pembelian aset (RM4.6b) dan ekuiti (RM1.1b) syarikat-syarikat konsesi dari Kerajaan Negeri Selangor adalah cukup berpatutan setelah mengambil kira keuntungan semua pihak tanpa membelakangkan kepentingan rakyat Selangor. Tawaran ini bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak. Kerajaan Persekutuan kemudian mencelah dan mengumumkan pada 18 FEB 2009 bahawa mereka akan mengambil-alih pimpinan penstrukturan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi air. Seterusnya pada 20 FEB 2009 tawaran Kerajaan Negeri telah ditolak oleh syarikat-syarikat swasta terbabit.

Campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu membelakangkan hak Kerajaan Negeri Selangor seterusnya akan menguntungkan kantung sesetengah pihak. Keputusan Kerajaan Persekutuan juga dilihat cubaan menyekat matlamat Kerajaan Negeri yang ingin membekalkan air dengan kadar harga yang murah bagi meringankan beban penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Kerajaan Negeri Selangor mahu mengamalkan pendekatan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan mengambilkira kepentingan semua pihak antaranya mengekalkan dasar air percuma 20m3 serta matlamat menurunkan kadar air sekarang sebanyak 10%.

“Bail-out” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk syarikat-syarikat konsesi air ini adalah bukti kegagalan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional. Ini ternyata akan mencabar kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang telah lama mentadbir tanpa sebarang pembaharuan berkaitan soal kebajikan kepada rakyat.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: