ShareThis

Wednesday, March 25, 2009

19 Mac 2009 - SPR beri hal kepada logo PSM






Kini SPR pula memberi hal dan berkaitan logo PSM tidak sesuai. PSM telah menghantar satu memorandum kepada SPR hari ini. Diharap warga Semenyih dan di lain-lain tempat akan terus memberi sokongan kepada PSM supaya logo perjuangan gengaman tanagan ini dibenarkan. Dibawah dimuatkan tujuh hujah PSM mengenai logo ini.
Kami berpendirian alasan dan tindakan SPR dalam isu ini adalah tidak adil berdasarkan



1. Pendaftar Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merupakan pihak utama dan autoriti dalam persoalan pendaftaran sudahpun meluluskan pendaftaran PSM termasuk simbol PSM yang termaktub dalam undang-undang tubuh pertubuhan. Justeru itu adalah amat tidak adil untuk SPR untuk merujuk balik ini kepada Pendaftar pertubuhan atau KDN. SPR seolah-olah mempersoalkan budibicara ROS dan KDN dalam persoalan ini. Kami berpendapat sebagai satu badan bebas, bidang kuasa SPR adalah adminsitrative sahaja untuk mendaftarkan Parti yang telah diluluskan pendaftaran dan bukan mempertikaikan kelulusan tersebut termasuk kelulusan simbol parti PSM.



2. Kami juga ingin tegaskan disini bahawa untuk sekian lama pendaftaran PSM tidak diluluskan oleh pihak ROS dan KDN atas alasan menurut mereka, pihak kami tidak mematuhui prosedor ahli 7 negeri dan ancaman keselamatan Negara. Namun demikian, Mahkamah Rayuan dalam kes pendaftaran PSM telah pun mengesahkan dalam penghakimannya bahawa PSM tiada sebarang ancaman kepada keselamatan negara. Tidak pernah sekali alasan simbol PSM dipertikaikan sebagai sebab untuk penolakan PSM.



3. Pihak kami telah menggunakan simbol ini untuk sekian lama dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari orang ramai mengenai simbol tersebut dan sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang pernah mempersoalkan simbol ini dari segi moralnya mahupun melabel simbol ini bercorak kekerasan. Kami menganggap persepsi SPR adalah salah dan tidak kukuh untuk melarang kami menggunakan simbol ini.



4. Jika simbol gengaman tangan ini boleh dianggap sebagai simbol kekerasan, bagaimana pula dengan simbol keris dan roket yang juga boleh diintepretasi sebagai lambang kekerasan.



5. Simbol yang digunakan oleh PSM adalah satu simbol popular perjuangan dan digunakan secara meluas oleh banyak parti sosialis diseluruh dunia. Kami senaraikan dibawah ini sebahagian daripada parti-parti politik di dunia yang menggunakan simbol ini. Mengambil dari Wikipedia, the free encyclopedia yang memberi usul symbol ini iaitu

The fist may represent union (as "many weak fingers can come together to create a strong fist") and is also used to express solidarity, generally with oppressed peoples. This symbolism may have sprung from usage by trade unions.

Antara organisasi yang menggunakan simbol ini adalah The International Socialist Organization (ISO) di Amerika Syarikat , Parti Sosialis Pekerja (SWP) di Britain, Socialist Youth Front di Denmark, Socialist International dan The International Brotherhood of Electrical Workers (IBEW)

6. Tindakan SPR yang tidak memaklumkan kepada kami secara terus dan telus dan dengan serta merta telah menyebabkan kedudukan kami dalam situasi yang ”disadvantage” kerana kami tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kecil baru-baru ini dan pada masa depan. Kami berpendapat tindakan ini mendiskriminasi kedudukan kami sebagai parti politik dan menafikan hak demokrasi kami yang terjamin dalam Perlembagaan Negara.

7. Andaikata simbol PSM ini adalah satu simbol tidak bermoral dan berunsur kekerasan, sudah pasti rakyat Malaysia akan menolak PSM dalam pilihanraya. Adalah tidak wajar untuk SPR memainkan peranan menafikan hak ini untuk rakyat dan PSM tentukan.

Justeru dengan itu, kami berharap pihak SPR sebagai badan bebas dan berkecuali mendaftaran simbol PSM untuk membolehkan PSM bertanding dalam pilihanraya dan berkecimpung dalam politik tanahair. Sudah sepuluh tahun KDN telah menafikan hak PSM bertanding dalam pilihanraya dan kini setelah didaftarkan, kini SPR pula mencari alasan untuk menafikan hak ini.

No comments: