ShareThis

Thursday, June 26, 2008

CERAMAH MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK!!


Sumber gambar : Malaysiakini




Salam Perjuangan!

PSM Semenyih akan mengadakan satu ceramah Membantah Kenaikan Harga Minyak. Butir-butir ceramah adalah :

Tarikh : 27/6/2008
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Pusat Khidmat Parti Sosialis Malaysia
Bandar Rinchin fasa 5,
Semenyih.


Speaker undangan untuk ceramah ini adalah :
• Sdr. Arul, (PSM)
• Dr. Che Rosli ( MP Hulu Langat),
• Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin
(Ketua Angkatan Muda Keadilan),
• Cikgu Ahmad Idzam (PAS),
• Sdr. Lingam ( Makkal Sakthi),
• Sdri. Kohila ( JERIT).


Seperti yang kita sedia maklum, kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen telah memberi tamparan yang hebat kepada semua pihak terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Pihak kerajaan yang pro kapitalis pula tidak mempedulikan langsung keperitan rakyatnya.

Apabila para pekerja menyeru kerajaan mengubal Akta Gaji Minima, kerajaan BN sering memberi alasan sahaja. Tetapi, apabila pihak kapitalis meminta kerajaan menaikan komisyen stesyen minyak, kerajaan terus setuju.

Jadi jelas sekali, keperitan rakyat bukan keutamaan kerajaan BN! BN hanya utamakan kekayaan dan kronisma!

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar hujah-hujah yang lebih bersemangat!

Turunlah Ramai-ramai!

No comments: