ShareThis

Sunday, June 29, 2008

Protes Sampai Turun Menyemarak di Semenyih!

Protes Sampai Turun Menyemarak di Semenyih!

29 Jun 2008 - Semenyih

Satu ceramah dan satu protes telah diadakan dalam masa dua hari di Semenyih. Semangat perjuangan membantah kenaikan harga minyak bermula di Bandar Baru Bangi (pada 15/6), kemudian merebak ke Kajang (pada 22/6) dan hari ini menyemarak di Semenyih. Dua pogram di Semenyih ini telah diatur oleh Parti Sosialis Malaysia Cawangan Semenyih.

Pada 27 Jun, ceramah umum telah membawa 6 orang pemimpin dan aktivis menyuarakan pandangan mereka tentang permainan politik BN yang terus menyebabkan rakyat merana. Wakil JERIT, Saudari Kohila, Saudara Ahmad Idzam bekas calon PAS di Sri Serdang , YB Sdr Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Hulu Langat, Saudara Ganesan mewakili Makkal Sakti, Saudara Arulchelvan, Setiausaha Agung PSM dan Saudara Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda Keadilan telah berhujah rasional kenaikan harga dan mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang tidak sedar-sedar diri. Antara persoalan dan perkara yang dibangkitkan onleh para penceramah adalah:

i. Keuntungan Petronas sebanyak RM560 bilion sejak penubuhannya. Sekiranya keuntungan ini digunakan untuk meningkatan kemudahan dan pengangkutan awam, sudah tentu ia membawa kebaikan kepada rakyat di waktu genting ini.

ii. Petronas keluarkan 700 ribu tong minyak sehari. Rakyat Malaysia hanya guna 180 ribu tong, baki 520 ribu tong dijual. Jadi, mana pergi untung ini?

iii. Malaysia pengeluar dan pengeksport minyak berkualiti dan menjual minyak pada harga pasaran. Rakyat sendiri dapat minyak import yang murah. Jadi mana perginya untung hasil jualan minyak.

iv. Rakyat harus terus berprotes sampai harga minyak dan BN turun. Tarikh 6 Julai merupakan tarikah keramat di mana semua rakyat Malaysia digesa berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya.

v. Para penceramah menyeru rakyat untuk terus berprotes bukan sahaja sampai harga minyak turun tetapi kerajaan yang naikkan harga minyak itu turun.

Hari ini pula, protes diadakan di hadapan stesen Petronas Semenyih. Lebih kurang 300 orang rakyat Semenyih berkumpul dengan penuh semangat membantah kenaikan harga minyak. Laungan slogan yang menuntut kerajaan BN dan harga minyak turun bergema di sepanjang Jalan Semenyih tersebut. Kemarahan rakyat turut jelas kelihatan apabila hampir ke semua kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon tanda sokongan terhadap bantahan ini. Perkara ini diakui sendiri oleh pihak polis yang bertugas, kata mereka rakyat memang marah, dan Pak Lah buat tindakan tanpa berfikir.

Protes yang turut dihadiri oleh Saudara Arul dan Dr. Che Rosli bersama aktivis JERIT juga menyaksikan sebuah sketsa mengenai kenaikan harga. Sketsa sinis ini menggambarkan sebuah keluarga yang terpaksa mengubah gaya hidup setelah kenaikan harga barang. Keluarga yang makan ayam sebelum kenaikan harga terpaksa bertukar kepada sardin, kemudian ikan masin dan akhirnya dengan kenaikan 78 sen/liter petrol, keluarga tersebut hanya mampu

membeli pasir – Kalau harga barang terus naik…..kena makan pasirlah kita semua' mesej dari sketsa tersebut.

Protes yang berlangsung selama 1jam 15 minit tersebut diakhiri dengan seruan kepada rakyat Semenyih untuk turun beramai-ramai ke Padang Timur di Petaling Jaya pada 6 Julai akan datang. Kita harus bersatu dan protes sampai turun.

No comments: