Dibawah adalah isu-isu yang diutarakanm oleh saya semasa mesyuarat Jawatankuasa kecil Perkhidmatan Bandar
S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12, Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791
13 Oktober 2009
Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)
Tuan,
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BULAN OKTOBER
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.
i. Taman Tasek Semenyih
• Ribut telah menyebabkan banyak pokok rhu tumbang menyebabkan masalah lalulintas, longkang tersumbat dll. Penduduk menyarankan pokok rhu ditebang dan digantikan dengan pokok jenis lain yang tahan keadaan cuaca ribut.
• Jalan 4, keadaan taman permainan yang teruk dan tidak terjaga. Penduduk meminta gotong royong diadakan.
ii. Taman Sri Tanjung
Penduduk meminta tong sampah besar diletakkan dikawasan kedai. Kini sampah kedai bertaburan dan tidak diurus dengan baik
iii. Kampung Tanjung
Ada permintaan untuk tong sampah besar diletakkan ke jalan masuk Kampung ini dan ini adalah bertujuan menghalang orang membuang sampah di sungai
iv. Bandar Rinching Seksyen 4
Masalah nyamuk yang ketara di Seksyen 4 terutamnya longkang di jalan 4/11 yang berada dalam keadaan teruk dan tidak bersih. ( Pengadu 012-3876372)
v. Taman Manikavasagam
• Sampah sarap terbiar di Jalan 4, Longkang sumbat penuh dengan batubata, pokok tumbang tidak dialihkan.
• Padang di jalan 6 perlu dibersihkan dan begitu juga dengan longkang.
• Pondok kosong di jalan 1 kacau ganggu
• Banyak rumah kosong yang penuh dengan semak samun
Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.
Sekian Terima Kasih
Yang benar,
S. Arutchelvan
Ahli Majlis
ShareThis
Saturday, October 24, 2009
11 Oktober - Gotong royong di Taman Manikavasagam
Jawatankuasa Baru Taman Manikavasagam telah menganjurkan gotong royong bersama dengam MPKJ. Ramai belia tempatan ada mengambil bahagian dan dua lori penuh sampah dapat dipunggut. Namun demikian, banyak tempat lain masih belum sempat dibersihkan kerana tidak cukup lori. Program ini juga diadakan seminggu sebelum perayaan Deepavali. Kerja-kerja pembersihan bersama ini perlu digalakkan dan diteruskan.
10 Okt - Sederhana dan meriah - Sambutan Hari Raya zon 18
Satu jamuan telah diadakan bersama dengan JK Penduduk Bandar Rinching diketuai oleh Sdr. Kamal. Jamuan yang cukup sederhana dan meriah ini diadakan untuk menyambut Hari raya Aidilfitri. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Hulu Langat iaitu Sdr. Dr. Che Rosli. Saya turut telah memberikan ucapan dan ramai pemimpin Taman berhampiran juga telah memberikan ucapan dan pandangan mereka. Makanan yang agar sederhana telah disediakan. Sdr Kamal juga menjadi MC sementera menghiburkan para hadirin dengan ucapan dan diselang seli dengan muzik.
9-10-09 Mesyuarat ke 3 MPP zon 18
Mesyuarat ke tiga MPP zon 18 berlangsung dengan berjayanya. Semua kawasan termasuk kawasan kampung dibawah zon 18 hadir ke mesyuarat kecuali Taman Pelangi Semenyih. Mesyuarat menilai balik masalah dan aduan sebelum ini dan didapati hampir 70% isu yang telah dibawa dapat diselesaikan. Mesyuarat juga berbincang mengenai Program Hari Raya zon di Dewan Bandar Rinching. MPP masih tidak berpuas hati dengan tindakan pihak JKR yang tidak mahu menyelenggarakan lampu jalan di Pekan Semenyih ke Bandar Rinching dan jalan ke Broga.
Hari Penghargaan Kelas Thirukural
Thirukural adalah satu kitab dan memberi garis panduan hidup, bagaimana berkelakuan di dunia. Ia boleh dikatakan antara pembacaan falsafah yang paling unggul di dunia dalam membincangkan soal etika dan moral. Di Semenyih, satu kelas diadakan setiap minggu dikalangan biasanya orang India untuk memberi pendidikan mengenai falsafah ini. Kami memberikan ruang untuk sukarelawan ini menggunakan pejabat kami untuk mengendalikan kelas ini.
Hari ini, satu program mereka telah diadakan di SRJK Tamil Rinching. Saya tidak sempat menghadiri program keseluruhan kerana ada banyak program lain tetapi ada menjengkuk diri untuk memberi sokongan dan solidariti.
PSM menyokong sebarang falsafah yang berlandaskan kebenaran, sains dan realiti.
9 Oktober 09 - Belia Pengerak Tempatan zon 18 dilancar
Hari ini setelah berusaha sekian lama, kita berjaya menubuhkan Jawatankuasa Belia Pengerak Tempatan bagi zon 18. Inisiatif ini adalah inisiatif kerajaan Negeri untuk mengembeleng tenaga belia untuk membuat program dan aktiviti belia. Kertas cadangan Kerajaan negeri mengenai ini memang sesuatu yang progresif kerana ia menghadkan umur belia ke tahap Antarabangsa dan menekankan penyertaan kaum perempuan dalam semua program. Di zon 18, kita berjaya menubuhkan satu Jawatankuasa yang bermesyauarat untuk kali pertama. Beberapa program awalan telah dirancang sebelum akhir tahun ini dan anataranya adalah satu pertandingan sukan dan satu lawatan sambil belajar di kawasan Broga.
Membantu Kempen di Bagan Pinang (Oct 5-9)
Saya dan kawan-kawan turut membantu kempen Pilihanraya Bagan Pinang. kamu memfokus kawasan pekerja Ladang memandangkan kami banyak mempunyai pengalaman mengenai masalah pekerja ladang. Kami membuat kempen dari rumah ke rumah dan juga memberi ceramah kelompok. Namun akhirnya calon PAS, Sdr. Zul tewas juga. Ketewasan Pakatan Rakyat di DUN Bagan Pinang agar menyeluruh. Ramai yang berkata bahawa ini disebabkan personaliti Isa Samad- Calon BN. BN telah menaburkan banyak wang dalam kempen ini. Tetapi ini adalah sesuatu yang biasa kita duga tetapi untuk kita memenangi hati rakyat, kita harus bekerja lebih kuat dan menyentuh isu-isu yang boleh membawa perubahan minda. Pengalaman ini menyakinkan kami bahawa membuat kerja hanya semasa kempen pilihanraya adalah tidak cukup.
Subscribe to:
Posts (Atom)