ShareThis

Monday, October 7, 2013

KG Hakka Serah Memorandum di SUHAKAM

Hari ini, para penduduk Kg Hakka dari Mantin, Negeri Sembilan telah hadir ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat aduan mengenai keganasan serta salah laku polis ketika pengusiran paksa serta perobohan rumah yang berlaku pada 30/9/2013.

Sdr. Arul, Setiausaha Agung PSM telah memberi penerangan mengenai insiden-insiden yang berlaku serta bagaimana pihak polis bertindak kasar terhadap para penduduk biasa yang hanya hendak mempertahankan rumah mereka yang diduduki lebih seratus tahun. Video kekasaran pihak polis turut ditayangkan kepada pihak SUHAKAM.

Pada 30/9/2013, pihak polis gagal bertindak secara neutral tetapi menunjukkan "keberanian" mereka kepada rakyat jelata dengan bertindak kasar. Akibat kekarasan ini, ada penduduk yang cedera, malah ada yang patah tangan. Bukan itu saja, aktivis-aktivis yang membantu penduduk turut dipukul selepas ditahan di dalam van. Seramai 15 orang telah ditahan pada hari itu.

Tindakan polis ini harus dikecam dan pihak polis seharusnya berasa malu kerana hanya pandai menunjukkan keberanian mereka terhadap rakyat miskin yang hanya ingin mempertahankan hak perumahan mereka!


No comments: