Ceramah untuk sampaikan mesej penting kepada pengundi India di Taman Dusun Jaya, Semenyih diadakan. Penceramah-penceramah khas yang dijemput adalah Saudara Arumugam (Semparuthi), Saudara Khatayah (bekas ahli kesatuan) dan Saudara Arul PSM.
Mengapa pengundi India perlu tolak UMNO-BN dalam PRU13 ini?
Saudara Khatayah meletakkan beberapa statistik untuk memberi gambaran bagaimana kemajuan masyarakat India di bawah pemerintahan BN dalam 56 tahun. Antara statistik adalah seperti berikut:
- Pada 1958, sumbangan kaum india di ekonomi negara 28%, kini 1.1%.
- Belajar di peringkat ijazah, 1958 adl 34%, kini 0.9%.
- Kerja di kerajaan, 1958-63%, kini 3.7%.
- Pemilikan tanah- pd 1958, 37%, skrg 0.8%.
- Sekolah tamil pd tahun 1958-1028, skrg 523
Saudara Arumugam dalam ucapan beliau kata, kerajaan adalah satu mesin. Sekarang mesin ini tidak jalan dengan baik kerana operators mesin ada lemah dan tidak boleh laksanakan tanggungjawabnya. Maka, tanggungjawab rakyat adalah untuk tukar operator-operator ini dalam PRU13 dan gantikan dengan operator-operator yang baru, lebih telus, dan yang mampu menjalankan mesin (kerajaan) ini. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun kini kerajaan menunjukkan rekod perbelanjaan yang tinggi bersamaan dengan perbelanjaan bagi seorang adalah RM4000 bagi sebulan, tapi taraf hidup rakyat tidak menunjukkan kemajuan.
Saudara meletakkan beberapa perkara penting kenapa rakyat Semenyih perlu undi PSM di Semenyih dalam PRU13.
- PSM adalah satu-satu parti yang memperjuangkan Akta Gaji Minima di Malaysia sehingga hari ini di negara kita ada polisi gaji minima RM900
- PSM adalah parti pertama yang membawa 3000 pekerja ladang ke Parlimen dan protes untuk gaji bulanan bagi pekerja ladang
- PSM adalah parti yang berjuang dan mendapatkan rumah percuma pertama di Malaysia kepada pekerja ladang Sungai Rasah
- PSM adalah satu-satunya parti yang secara konsisten melawan penswastaan hospital di Malaysia - terutamanya telah memberhentikan inisiatif kerajaan untuk menswastakan dispensary dan perkhidmatan ambulans di hospital kerajaan.
- PSM adalah parti pertama yang menolak cadangkan kerajaan untuk mengamalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia
- PSM adalah parti pertama yang mengalahkan ketua MIC di Malaysia, Dato seri Samy Velu di Sungai Siput
- PSM adalah satu-satu parti yang pemimpinya mengumumkan harta di khalayak awam setiap tahun.
UNDI PSM DALAM PRU INI, ANDA TIDAK AKAN KECEWE!
No comments:
Post a Comment