ShareThis

Thursday, April 11, 2013

MASYARAKAT SEMENYIH MENYOKONG PENUH CALON PSM, ARUL DI DUN SEMENYIH (N24)



MASYARAKAT SEMENYIH MENYOKONG PENUH CALON PSM, ARUL DI DUN SEMENYIH (N24)

Saudara Arul @ Arutcheclvan adalah seorang pejuang yang terkenal di Malaysia. Pada 2008, beliau telah bertanding di DUN Semenyih. Walaupun kalah, beliau terus  berkhidmat sepanjang 5 tahun ini untuk rakyat Semenyih.

Saudara Arul adalah salah seorang Ahli Majlis MPKj yang “outstanding”, sentiasa turun padang dan banyak menyelesaikan masalah kami. Banyak pencapaian beliau di Semenyih seperti mendapatkan geran tanah kepada warga Kampung Broga, Kampung Bahru, dan kuil, mendapatkan CF kepada penduduk Taman Sri Tanjung, meningkatkan kualiti kemudahan asas di kawasan seperti Taman Pelangi Semenyih, Kampung Bahru, Taman Manikavasagam, Flat Bangi Jaya, Taman Kesuma, Bukit Semenyih dan banyak lagi. Malah, beliau juga telah menangani masalah rumit yang dihadapi oleh penduduk flats kos rendah bukan sahaja di Semenyih juga di kawasan sekitar Semenyih. Di samping itu, beliau juga telah membantu dalam perjuangan masyarakat ladang, di mana, atas bantuan beliau bekas penduduk ladang Sg. Rinching telah mendapat rumah flat percuma manakala penduduk ladang Denudin telah menandatangani perjanjian untuk rumah teres percuma pertama di Semenyih.

Apabila melihat perkhidmatan yang diberikan oleh saudara Arul di Semenyih, maka kami masyarakat Semenyih mahu seorang calon seperti Arul untuk terus berkhidmat kepada kami. Akan tetapi, kami amat dukacita apabila mendengar khabar bahawa Pakatan Rakyat (PR) juga berminat untuk bertanding di DUN Semenyih dalam PRU13 ini. Kami amat membantah cadangan ini dan menyeru kuat kepada PR supaya beri laluan bagi Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), saudara Arul bertanding di DUN Semenyih.

Dalam PRU13 ini, pertandingan satu lawan satu adalah amat penting untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan itulah aspirasi rakyat Semenyih. Kami juga yakin peluang untuk menang bagi saudara Arul adalah cerah. Maka, kami masyarakat Semenyih berharap penuh PR tidak akan wujudkan tiga penjuru di DUN Semenyih, kerana ianya akan memecahkan undi serta memberi kemenangan kepada BN dalam PRU13 ini.


Ini Kali lah! Kita tolak BN dalam PRU13!

PENYOKONG;
1.       Persatuan Pengganut Sri Sithi Vinagar, Bandar Tasik Kesuma –En Siva. 0162264204
2.       Persatuan Belia Kaum India Bandar Tasik Kesuma, Fasa 6 – En.Sridharan 0192422635
3.       Persatuan Penduduk Ladang Bangi – En.Chandramogan 0125287955
4.       Persatuan Kebajikan kaum India, Bandar Rinching – En.Subramaniam 0126101863
5.       Persatuan Penduduk Ladang Dunedin – En. Francis 0143693473
6.       Persatuan Kebajikan St. Anne, Semenyih
7.       Persatuan Penduduk Manickavasagam – En.Ravi 0166116231
8.       Jawatankuasa Kuil Kg. Sireh – En.Suresh 0169897636
9.       Persatuan Tamil Neeri – En. Neelavan 0133185423
10.  International Society Tamil – En.Tamil Thasan 0128639707
11.  Bekas Penduduk Ladang Rinching – En.Ramalingam 0192220754
12.  Jawatankuasa Penduduk Ladang Semenyih – En.Subramaniam 0124156707

Untuk keterangan Lanjut,
1.      Nathan -019 3537284
2.      Selvam -0192778445

1 comment:

ABP said...

Kalau pejuang terkenal, sila bertanding di dun semenyih, jom 3 penjuru. Ada berani?