ShareThis

Wednesday, April 10, 2013

14 PERSATUAN PENDUDUK SOKONG CALON PSM, ARUTCHELVAN

SOKONGAN PENUH PADA ARUL (PSM)
N24-DUN SEMENYIH-PRU13
Di negara Malaysia yang terbesar ini, rakyat tidak melupakan jasa saudara Arutchelvam @ Arul (Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia -PSM) yang sering berjuang untuk rakyat tanpa mengkira bangsa, agama dan masa khususnya yang ditindas. Kebanyakkan parti pembangkang hanya berfikir untuk kemajuan parti namun, saudara Arul sudah turun padang hampir 20 tahun dalam memperjuangkan hak rakyat. Beliau pernah ditangkap oleh polis lebih daripada 40 kali, bukan kerana isu Jenayah, malah akibat penglibatan dalam perjuangan rakyat.DSCF5453
Undang-undang gaji minima yang baru-baru kerajaan BN umumkan untuk pekerja di Malaysia juga adalah antara salah satu perjuangan yang diperjuangkan oleh parti PSM dan saudara Arul merupakan pengerak utama dalam kempen tersebut. Bukan ini sahaja, perjuangan untuk rumah alternative bagi pekerja ladang dan peneroka bandar, pembantahan terhadap cukai barang dan perkhidmatan yang akan membebankan rakyat, undang-undang zalim seperti ISA dan banyak lagi perjuangan yang dipimpini oleh saudara Arul dalam tempoh lebih dari 25 tahun penglibatan dalam kerja-kerja masyarakat.
Akan tetapi manfaat yang ditimpa beliau adalah kerusi yang ditanding dalam pilihanraya yang lepas, iaitu DUN Semenyih (N24) kini kucar kacir sehingga Pakatan Rakyat (PR) tidak membuat satu keputusan yang muktamat bagi PRU13 sehingga kini. Hura-hura didapati pakatan ingin meletakkan calon sendiri, sedangkan saudara Arul, sebagai seorang Ahli Majlis yang banyak berjasa pada penduduk dan penduduk sekitar Semenyih sehingga hari ini.
Kami penyokong-penyokong  parti PSM amat kecewa dengan tindakan pakatan rakyat yang membuatkan seorang calon yang berkaliber, layak dan berkhidmat penuh di kawasan Semenyih ini yang sepatutya menjadi pilihan tepat dan senang untuk kawasan Semenyih, tetapi masih letak dalam ‘waiting list’.
Kami juga sokong penuh kepada saudara Arul yang banyak berjasa kepada rakyat serta menyeru pakatan rakyat untuk tidak sia-siakan khidmat rakyat saudara Arul di Semenyih dan menghormati jasa ini dengan memberi peluang bertanding di DUN Semenyih (N24) bagi motif besar kita untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Kita juga amat berharap tidak akan wujud tiga penjuru di 4 kerusi PSM bertanding, kerana ia akan merugikan kita dan menguntungkan BN.
Tolak BN dalam PRU13!
PENYOKONG;
1. Persatuan Peduduk Tmn Permata Dengkil –En Ramadass. 016 3734048
2. Jawatankuasa Tindakan Tanah Kg Sri Tanjung –En Balakrishnan 012 6589943
3. Persatuan Belia (Kalvi Kuzhu) Ampar Tenang –En Aru 019 3407924
4. Persatuan Kebajikan Sri Dhasarathar Sanmarka Sanggam , Dengkil , Selangor.
5. PSM Caw Kg Ampar Tenang –En Nathan. 019 3537284
6. PSM Caw Ldg Ampar Tenang –En Segar. 019 6431025
7. PSM Caw Kg Sri Tanjung –En Selvam. 019 2778445
8. PSM Caw Taman Seri Dengkil –En Bala.
9. PSM Caw Taman Dengkil Jaya –En Loga
10. PSM Caw Taman Jet, Dengkil –En Arasu. 012 2657993
11. PSM Caw Sg Pelik, Sepang –En Siva. 012 6441096
12. PSM Caw Bt1,Jln Air Hitam –En Munusamy. 019 3694117
13. PSM Caw Tmn Seroja, BBST –En Arasu . 016 9065945
14. PSM Caw Banting – En Manickam.  012 3544023
Untuk keterangan Lanjut,
  1. Nathan -019 3537284
  2. Selvam -0192778445

No comments: