ShareThis

Saturday, March 16, 2013

Leafletting di Kg Bahru Bersama DEMA

Selepas sesi briefing, Sdr. Arul bersama kumpulan Dema telah turun ke Kg Bahru untuk teruskan kerja-kerja edar risalah memperkenalkan parti PSM dan logo. Kehadiran kumpulan DEMA amat membantu kami. Ini adalah kerana, di kalangan mereka, ada yang dapat bertutur dialek Hakka, Kantonis dan Mandarin. Ini memudahkan untuk memberi penerangan kepada para penduduk.

 Turut hadir bersama adalah Uncle Lee yang sentiasa memberi sokongan padu kpd Sdr. Arul. Walaupun, panas dan usianya meningkat, namun, ini tidak menghalang beliau untuk turut sertai kami.
 Ramai penduduk kenal Arul kerana kerja-kerja akar umbi yang dijalankan di Kg Bahru. Malah, kami juga telah mendapat aduan baru iaitu, jalan 3 di Kg Bahru masih belum ditar. Sdr. Arul telah mengambil aduan ini dan telah memajukannya kepada jabatan terlibat di MPKj.

Kerja-kerja leafletting terpaksa ditangguh kerana hujan.

No comments: