Ketika PRU ke-12, kumpulan aktivis pelajar DEMA telah memberikan sokongan solidariti kepada Sdr. Arul serta membantu ketika pilihanraya. Kali ini, mereka juga bersetuju untuk memberi sokongan kepada Sdr Arul dan bersetuju untuk turun ke Semenyih untuk membantu dalam kerja-kerja pilihanraya.
Hari ini, satu sesi briefing telah dijalankan kepada merek. Sdr. Simon telah menerangkan mengenai bilangan undi serta kawasan-kawasan yang terdapat di DUN Semenyih.
Kumpulan pelajar Dema telah banyak membantu PSM terutamanya dalam menterjemahkan artikel-artikel serta leaflet-leaflet PSM dalam bahasa Mandarin. PSM Semenyih mengucapkan terima kasih kepada DEMA yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
No comments:
Post a Comment