ShareThis

Sunday, February 17, 2013

Risalah PSM di Pekan Semenyih

Selepas selesai di Pasar Pagi Beranang, ahli-ahli PSM Semenyih bersama PSM Kajang telah mengedar risalah kenali PSM dan logonya di seluruh Pekan Semenyih. Ramai peniaga-peniaga di pekan Semenyih mengenali Sdr. Arul. Sejurus sahaja Sdr. Arul masuk ke kedai mereka, para peniaga terus cakap " hei Arul.... apa khabar ..... ".





Kami juga turut mengedar risalah ceramah perdana. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh Dato' Ambiga, pengerusi BERSIH, YB Teo Nie Ching, YB. Dzulkefly, YB Manikavasagam, Wakil Mahasiswa Adam Adli bersama Sdr. Arul. Ceramah Perdana akan diadakan pada 21/2/2013, jam 8 malam di gelanggang bola keranjang di Kg. Bahru.



Ketika melalui jalan ke padang Semenyih, peniaga-peniaga di kawasan itu telah membuat aduan kepada Sdr. Arul mengenai longkang yang sumbat serta yang tidak dibersihkan. Akibatnya, air tidak dapat mengalir dan longkang berbau busuk. Sdr. Arul memaklumkan bahawa beliau akan membawa aduan ini ke perhatian pihak MPKj.

No comments: