Pendaftar
Mahkamah Tinggi, Shah Alam Puan Nurul Ain Binti Hamzah hari ini memberi peluang kepada pihak
Pemaju Transloyal dan Bekas pekerja ladang bangi cuba menyelesaikan masalah di
luar mahkamah dan jika tidak berjaya, maka Mahkamah akan menentukan tarikh
perbicaraan pada 21 Januari 2013.
Hari
ini peguam pihak penduduk Fadiah Nadwa memfile balasan affidavit. Dalam
affidavit balasan, para bekas pekerja ladang bangi menafikan mereka adalah
setinggan dan dengan tegas mengatakan bahawa mereka adalah generasi kedua,
ketiga dan keempat masyarakat ladang. Mereka menunut hak perumahan tetap dibina
sebelum mereka sedia berundur.
Lebih
50 orang penduduk membanjiri ruang mahkamah yang sempit. Turut hadir adalah Setiausaha Agung PSM Sdr
S.Arutchelvan, T.Ramalingam – Penyelaras JSML (Jawatankuasa Sokongan masyarakat
Ladang ) dan Penyelaras pekerja JERIT M.Sivaranjani.
Para bekas pekerja membawa kain rentang
dan menjerit slogan dikarangan mahamah.
Walaupun
rundingan masih berlaku yang juga melibatkan pihak kerajaan Negeri dan MPKJ,
namun pemaju Trans Loyal angkuh dan membawa pekerja ke Mahkamah dengan niat
mereka boleh diusir tanpa membina rumah kos rendah. Notis mahkamah untuk
menggosongkan tanah ladang Bangi telah diserahkan pada 27-10-2012 iaitu
beberapa minggu sebelum Deepavali. Pemaju berniat jahat, mengkhianati bekas
pekerja-pekerja ladang serta tidak menghormati rundingan yang sedang
berlangsung dengan pihak berkuasa sehingga kini.
Latarbelakang
Ladang bangi:
Ladang
Bangi telah wujud lebih 100 tahun di Selangor. Bekas pekerja ladang yang kini
menetap sana adalah generasi keempat dan mereka mula menghadapi masalah
pengusiran setelah tamat operasi ladang pada tahun 2000. Notis pengusiran
pertama diterima pada 17-5-2000 oleh Syarikat Golden Hope. Pada tahun 2006,
Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan mesyuarat
dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk membina 43 buah rumah dan sebuah
kuil tetapi sehingga kini belum dilaksanakan. Sementara itu, pada tahun 2011,
tanah Ladang Bangi telah dijual kepada pemaju Trans Loyal dan kini bekas
pekerja-pekerja ladang ini terus diancam oleh pemaju Trans Loyal untuk keluar
dari Ladang mereka.
Pemaju
telah mengguna gangster, polis, dan pelbagai helah lain untuk menceroboh
kawasan penduduk. Semua taktik mereka buntu dan kini mereka menggunakan senjata
undang-undang pula.
“Biar
apa pun, kami tetap akan berjuang untuk hak perumahan. Senjata yang maha
berkuasa adalah kuasa rakyat. Rintihan dan jeritan pekerja ladang ini terus
membicara masa depan mereka
M.Sivaranjani
No comments:
Post a Comment