ShareThis

Saturday, December 15, 2012

Hijau Kuning Merah – Warna Kem Sosialis Anak Muda




Hijau Kuning Merah – Warna Kem Sosialis Anak Muda

Tanjung Malim, 15 & 16 Disember 2012 

Kem Anak Muda 2012 telah berjaya diadakan pada cuti sekolah Disember 2012 di Kem Desa Selesa, Tg.Malim. Kem anjuran Pemuda Sosialis PSM dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia telah dihadiri oleh 30 orang anak muda daripada beberapa cawangan termasuk 8 kordinator.

Kem kali ini bertemakan “Hijau, Kuning, Merah” menyaksikan sedikit perbezaan daripada kem sebelumnya dimana isu-isu semasa berkaitan anak muda telah dikupas oleh para panel.

Kem ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan antara anak muda. Mereka telah dipisahkan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, penerangan dan motif kem ini telah dibincangkan.

Sesi pertama adalah bersama dengan Kumpulan “Reboot The Root” daripada Batu Arang. Mereka ini adalah bekas penagih dadah dan juga yang terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat tetapi mereka telah insaf dan dalam proses untuk menjalani kehidupan normal seperti insan-insan lain. Mereka telah bincangkan pengalaman pahit mereka sendiri tentang kesan-kesan negative yang dialami oleh mereka dalam bentuk musik dan lakonan. Sesi bengkel juga telah dijalankan.

Sesi seterusya adalah “River Of Live” yang dikendalikan oleh Komrad Rani, Ahli Pusat PSM. Sesi ini lebih kepada kitaran hidup kita dari kecil sehingga dewasa dan tua.  

Peserta telah diberi kebenaran untuk mandi sungai dan rehat. Sesi terakhir pada hari pertama adalah tayangan video “GADOH’” yang boleh dikatakan salah satu video yang harus ditontoni oleh semua anak muda. Video ini membincangkan tentang masalah yang berlaku antara dua geng pelajar sekolah yang berbangsa Cina dan Melayu dan bagaimana mereka insaf dan mula untuk hidup bersama.
Hari kedua telah dimulakan dengan sesi “Food for Tought” oleh Komrad Bawani. Sesi ini berkaitan dengan diskriminasi warna kulit.

Sesi seterusnya telah dijalankan oleh Komrad Letchumi mengenai Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan. Sesi ini berkaitan dengan satu buku komik yang sama tajuk mengenai topik ini. Setelah perbincangan, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka telah mempersembahkan drama tentang bagaimana kapitalis cuba menggandakan kekayaaan mereka dengan menindas para pekerja. 

Dalam pertengahan program, seorang polis telah tiba di kawasan kita dan cuba untuk mendapatkan maklumat kem dan sebagainya. Tetapi, kita tidak menghiraukannya.

Sdr Vijian daripada Cameron Highlands telah membuat sesi tentang “Anak Muda dan Alam Sekitar”. Menurut beliau 2 % adalah air tawar dan 98% adalah di laut. Tetapi manusia sedang memusnahkan sumber ini. Berdasarkan kajian, 10 juta kanak-kanak mati akibat masalah air. Beliau juga telah membincagkan isu-isu semasa yang sedang berlaku seperti Lynas, isu di Raub, Teluk Rubiah dan sebagainya.

Setelah sesi ini berakhir, kuiz berkaitan dengan Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan telah dijalankan. Setiap jawapan yang betul daripada para peserta telah diberikan hadiah.

Sesi terakhir adalah plenary. Semua peserta telah diagihkan mengikut cawangan masing-masing. Mereka telah diberi tugasan untuk membincangkan akitivi-aktiviti susulan yang bakal dijalankan selapas kem ini. Boleh dikatakan kita mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta.

Kem ini telah ditamatkan dengan laungan kuat “Hidup Rakyat”!

Kem ini merupakan langkah permulaan kepada kita untuk mengorak langkah ke hadapan. Kem seperti ini penting supaya isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan anak muda dapat dikupas secara lebih dalam dan seterusnya memberi satu kesedaran kepada anak muda tentang sistem yang telah korup ini.

ANAK MUDA KUASA PERUBAHAN!

M.Ravindran
Setiausaha Pemuda Sosialis

No comments: