Apakah Tuntutan Pekerja untuk PRU ke 13??
Jaringan Pekerja Malaysia telah menganjurkan satu bengkel untuk merangka Manifesto Pekerja untuk PRU ke 13. Seramai lebih kurang 30 wakil dari kesatuan-kesatuan sekerja dari Terenganu, Seremban, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur telah mangambil bahagian . Bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Oktober di Pusat Latihan NUBE di Port Dickson.
Sdr. Arul turut dijemput ke bengkel ini. Sdr. Arul telah menerangkan mengenai kepentingan manifesto pekerja serta perjuangan-perjuangan yang telah dijalankan oleh pihak kesatuan sejak tahun 1945. Slot beliau juga telah menjelaskan bagaiman pihak kerajaan mengubal akta-akta kesatuan untuk menyekat perkembangan kesatuan sekerja di Malaysia.
Sebahagian peserta bengkel |
Para pekerja yang hadir ke bengkel ini merasakan adalah penting untuk para pekerja mengemukakan manifesto pekerja ketika PRU ke 13. Lebih-lebih lagi pihak kesatuan serta para pekerja semakin kehilangan hak mereka akibat pindaan-pindaan yang berat sebelah dan menghakiskan hak mereka.
Para pekerja giat mengadakan perbincangan |
Antara isu-isu yang disertakan adalah berhubung sistem perundangan, gaji, keselamatan sosial dan isu-isu umum seperti penswataa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Para pekerja juga telah merancang beberapa aktiviti untuk mempopularkan manifesto pekerja ini.
Tema manifesto pekerja
PEKERJA KUASA PERUBAHAN!
No comments:
Post a Comment