Hari ini, Sdr. Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM telah membuat satu laporan polis terhadap satu program yang dijalankan di SRJK Tamil Ladang Semenyih pada 5/10/2012. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Hindu Sangam dan PIBG sekolah tersebut.
Program ini sepatutnya merupakan satu taklimat kepada ibubapa serta para pelajar sekolah mengenai jenayah. Tetapi malangnya, pegawai polis bernama Karunanithi telah memfitnah PSM dengan dakwaan bahawa PSM mempunyai hubungan dengan Pari Komunis Malaya dan menyebarkan komunisma. Di samping itu, pegawai polis tersebut juga telah mengutuk BERSIH.
No comments:
Post a Comment